Nazmi Faiz tinggalkan kelab Portugal S.C Beira-Mar



nazmi faiz mansor
Heboh dikatakan pemain muda bola sepak termahal di malaysia meninggalkan kelabnya S.CBeira-Mar, betul ke? Kepulangan Nazmi Faiz ketanah air secara senyap-senyap mengundang seribu pertanyaan. Dalam laman web Beira-mar mereka meminjamkan Nazmi Faiz kepada FAM selama 6 bulan bagi membantu pasukan malaysia menghadapi kelayakan Piala Asia 2015. Namun FAM menafikan yang mereka memanggil Nazmi balik ke sini, Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad memberi tahu bahawa dia sendiri tidak tahu menahu mengenai kepulangan pemain itu ke malaysia.

"Terus terang saya langsung tidak tahu menahu kepulangan Nazmi ke sini, bahkan FAM sendiri menafikan memanggil pulang dan mahu meminjamnya".

Selain Datuk Azzuddin, jurulatih Harimau Muda Ong Kim Swee juga tidak mengetahui kepulangan pemain itu dan menafi membawanya untuk bermain dalam pasukan harimau A. Ong kim Kini berada di Australia.

Walaupun Sumber dari laman web Beira-Mar mengatakan meminjamkan pemain itu selama 6 bulan tapi ada sumber lain yang mengatakan bahawa kelab portugal itu telah membebaskan Nazmi sepenuhnya atas sebab-sebab tertentu yang belum diketahui dan tidak akan kembali ke sana lagi.

Jika perkara ini benar maka peluang Nazmi Faiz untuk mengembangkan bakat kariernya di Eropah nampak suram, kerugian kepada Nazmi dan malaysia juga. Sekarang hanya Ahmad Fakri Saarani pemain tunggal yang beraksi di Portugal dengan kelabnya Atletico S.C.

Pada Pemergian Nazmi ke kelab Portugal dulu mendapat liputan meluas oleh pihak media mahupun liputan di internet. Dia mendapat banyak pujian daripada peminat bola sepak kerana diambil bermain bersama kelab S.C Beira-Mar serta-merta dapat mengembangkan bakatnya bermain di Eropah tetapi sekarang menjadi tanda tanya adakah beliau benar-benar telah meninggalkan kelabnya?

Ikuti sambungan ceritanya dalam Nazmi Faiz Mansor Sah atau tidak tinggalkan S.C Beira-Mar


Responses

0 Respones to "Nazmi Faiz tinggalkan kelab Portugal S.C Beira-Mar"

Post a Comment

 
Return to top of page Copyright © 2010 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by HackTutors