Blogaul | Fail Blog!: Sukan

Keputusan Perlawanan Malaysia vs Palestine 26 march 2013



malaysia vs palestine
Keputusan Perlawanan Malaysia vs Palestine | Nantikan perlawanan antara malaysia Vs Palestine malam ini pukul 8.30pm di Stadium Darul Makmur, Perlawanan persahabatan antarabangsa ini untuk mengutip dana bantuan Tabung Lahad Datu dan Palestine.

Ketika ini malaysia berada rangking ke 164 sementara Palestine berada ranking ke 150, jika pasukan Negara memenangi perlawanan ini maka rangking malaysia akan naik. Untuk rekod perlawanan akhir antara malaysia dan palestine berlangsung pada kelayakan piala Dunia 2012 di Doha, Qatar berkesudahan dengan malaysia tewas kepada palestina 3-4.

Keputusan Penuh Perlawanan Bola Sepak Malaysia vs Palestine.

Malaysia     0     -     2     Palestine





P/S: Blogaul akan update keputusan perlawanan ini sejurus permainan berakhir.

Baca Selanjutnya..


Keputusan Perlawanan Bola Sepak Malaysia VS Yemen



kyril muhymeen jaringkan gol

Keputusan Perlawanan Bola Sepak Malaysia VS Yemen | Baru sebentar tadi perlawanan bola Sepak antara Malaysia vs Yemen berakhir, Dengan masing-masing melancarkan serangan merbahaya ke pintu gol lawan.

Awal minit perlawanan Serangan demi serangan dilancarkan pemain negara bagi membolosi gawang gol Yemen tapi pertahanan Yemen kukuh dan sukar ditembusi sebaliknya Yemen menjaringkan gol pendahuluan .
Selepas itu Malaysia diserang bertubi-tubi oleh pemain Yemen sehinggakan hampir menjaringkan gol kedua, Yemen dilihat menguasai perlawanan dalam minit pertama. Serangan balas malaysia akhirnya memberi hasil apabila menjaringkan gol penyamaan diminit ke 27 yang dijaringkan oleh Alex.

Seterus itu malaysia comeback menyerang dengan pantas hasil gol pertama, Malaysia seterusnya menguasai permainan sebanyak 57%. Banyak serangan membahaya yang dihasilkan oleh pemain malaysia terutama Mahali bijak menguasai tengah bergandingan dengan Wan Zack Haikal.

Akhirnya Kyril menghadiahkan Malaysia Gol kemenangan pada minit ke 80, seterusnya memberi tiga mata buat malaysia. Ini adalah kemenangan pertama malaysia dalam saingan saringan piala asia.

#Malaysia menang 2-1 keatas Yemen
Baca Selanjutnya..


Keputusan Perlawanan Hoki Malaysia Dan Pakistan




pemain Pakistan Lawan Malaysia

Keputusan Perlawanan Hoki Malaysia Dan Pakistan | Perlawanan Kejohanan Hoki Piala Azlan Shah antara Malaysia dan Pakistan berlangsung sengit dengan berbalas serangan. Malaysia mempunyai peluang besar untuk mara lebih awal ke final jika mampu mengalahkan Pakistan.

Namun Malaysia hanya mampu seri menentang Pakistan semalam, peluang keemasan mereka terlepas.

Kini Australia dan Malaysia menduduki tangga teratas berkongsi lapan mata cuma dibezakan dengan jaringan gol.

Perlawanan akhir Malaysia belum terjamin lagi dan perlu menumpaskan atau seri menentang India dalam perlawanan terakhir esok.

Pasukan Hoki Malaysia beraksi cemerlang mengekalkan rekod tanpa kalah cuma seri saja.

P/S: Teruskan Perjuangan Kamu (pasukan Hoki Malaysia) untuk memenangi kejohanan Hoki ini. Iklas dari Blogaul
Baca Selanjutnya..


Keputusan penuh perlawanan Johor Darul Takzim vs T-Team



JOHOR DARUL TAKZIM KEPUTUSAN PENUH

Perlawanan antara JDT vs T-Team baru sahaja tamat di stadium Tan Sri Hassan Yunos. Johor Darul Takzim tampak garang dengan beberapa kali memberi asakan kepada T-Team hasilnya penguasahan bola lebih kepada JDT.

Berikut adalah keputusan penuh bagi perlawanan ini:

JOHOR DARUL TAKZIM 1 vs 0 T-TEAM
Penjaring : Daniel Guiza [32] 
Baca Selanjutnya..


Nazmi Faiz dapat gaji kecil punca tinggalkan S.C Beira-Mar?



tengku fiella teman wanita Nazmi Faiz
Baru-baru ini Nazmi Faiz telah pulang ke malaysia secara senyap dan menjadi seribu pertanyaan kepada peminat. kenapa balik sini secara senyap-senyap hinggakan FAM dan Jurulatihnya (Ong Kim Swee) sendiri tidak mengetahui kepulangannya. Nazmi telah mengumumkan yang dia tidak akan kembali ke Portugal dan tidak lagi bersama dengan S.C Beira-Mar.

Apa punca Nazmi meninggalkan kelab itu?
Dikatakan Nazmi mengalami masalah kewangan kerana hanya menerima 500 euro ( RM2,078 ) setiap bulan berikut masalah krisis kewangan kelab itu menyebabkan dia susah untuk terus tinggal disana, Dia juga keluar dari rumah sewanya dan menumpang tinggal bersama kawannya.

Ketika diajukan perkara ini kepada bapa Nazmi, Mansor Mustapha, 47, semalam, beliau menafikan dakwaan kepulangan anaknya ke tanah air disebabkan menerima gaji kecil dari SC Biera-Mar.


Katanya, kesediaan Nazmi beraksi di Liga Super bersama PKNS FC tidak mempunyai kaitan dengan masalah gaji kecil bersama Beira-Mar.
Isu ini sangat rumit... saya menafikan faktor gaji menjadi punca sebenar kenapa Nazmi pulang ke malaysia.

Apa yang boleh saya katakan, tindakan itu adalah atas kehendak anak saya sendiri dan keluarga, katanya ketika dihubungi semalam. Bharian

Benar ke masalah kewangan Atau masalah teman wanitanya yang direbut oleh Aidil?
Baca Selanjutnya..


Sah Nazmi Faiz tinggalkan S.C Beira-Mar menyertai PKNS



Nazmi Faiz Mansor S.C Beira-Mar
Sebelum ini kecoh tentang berita pemain muda malaysia pulang ke tanah air secara rahsia, kenapa berahsia? Ini yang menjadi tanda tanya orang ramai, dalam artikal sebelum ini tentang kepulangan Nazmi mendapat kebenaran pihak S.C beira Mar sendiri dan meminjamkannya selama 6 bulan kepada FAM melalui laman web mereka.

Desas-desus sebelum ini mengatakan yang Nazmi Faiz meninggalkan kelab Portugal itu telah terjawab apabila dia mengatakan sendiri bahawa dia tidak menyesal dan keputusannya meninggalkan kelab itu adalah keputusan terbaik. Kini Nazmi bebas sepenuhnya daripada S.C Beira-Mar dan mengikat kontrak dengan Pasukan PKNS selama 3 tahun.

Nazmi Faiz Mansor menegaskan bahawa keputusannya menyertai PKNS adalah keputusan yang tepat dan terbaik untuk masa depannya.

Mengapa Nazmi tiba-tiba meninggalkan kelab portugal itu? Apa yang berlaku sebenarnya? Tanda tanya baru mula timbul..

Ikuti ceritanya punca Nazmi tinggalkan kelab Portugal itu.
Baca Selanjutnya..


Nazmi Faiz tinggalkan kelab Portugal S.C Beira-Mar



nazmi faiz mansor
Heboh dikatakan pemain muda bola sepak termahal di malaysia meninggalkan kelabnya S.CBeira-Mar, betul ke? Kepulangan Nazmi Faiz ketanah air secara senyap-senyap mengundang seribu pertanyaan. Dalam laman web Beira-mar mereka meminjamkan Nazmi Faiz kepada FAM selama 6 bulan bagi membantu pasukan malaysia menghadapi kelayakan Piala Asia 2015. Namun FAM menafikan yang mereka memanggil Nazmi balik ke sini, Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad memberi tahu bahawa dia sendiri tidak tahu menahu mengenai kepulangan pemain itu ke malaysia.

"Terus terang saya langsung tidak tahu menahu kepulangan Nazmi ke sini, bahkan FAM sendiri menafikan memanggil pulang dan mahu meminjamnya".

Selain Datuk Azzuddin, jurulatih Harimau Muda Ong Kim Swee juga tidak mengetahui kepulangan pemain itu dan menafi membawanya untuk bermain dalam pasukan harimau A. Ong kim Kini berada di Australia.

Walaupun Sumber dari laman web Beira-Mar mengatakan meminjamkan pemain itu selama 6 bulan tapi ada sumber lain yang mengatakan bahawa kelab portugal itu telah membebaskan Nazmi sepenuhnya atas sebab-sebab tertentu yang belum diketahui dan tidak akan kembali ke sana lagi.

Jika perkara ini benar maka peluang Nazmi Faiz untuk mengembangkan bakat kariernya di Eropah nampak suram, kerugian kepada Nazmi dan malaysia juga. Sekarang hanya Ahmad Fakri Saarani pemain tunggal yang beraksi di Portugal dengan kelabnya Atletico S.C.

Pada Pemergian Nazmi ke kelab Portugal dulu mendapat liputan meluas oleh pihak media mahupun liputan di internet. Dia mendapat banyak pujian daripada peminat bola sepak kerana diambil bermain bersama kelab S.C Beira-Mar serta-merta dapat mengembangkan bakatnya bermain di Eropah tetapi sekarang menjadi tanda tanya adakah beliau benar-benar telah meninggalkan kelabnya?

Ikuti sambungan ceritanya dalam Nazmi Faiz Mansor Sah atau tidak tinggalkan S.C Beira-Mar
Baca Selanjutnya..


bom meletup dalam perlawanan bola sepak iran (video)



bom meletup perlawanan juara asia di iran
Satu kejadian yang mengejutkan dalam sejarah liga bola sepak di asia barat. Dalam satu perlawanan Juara Asia liga bola sepak tahun 2012, sebutir bom telah dilemparkan ke padang dengan niat mencederakan atau membunuh beberapa pemain dan pengadil.

Permainan suku akhir antara Sepahan (Iran) vs Ahli (Arab Saudi) sedang berlangsung apabila bom itu telah dilemparkan di padang.
Setelah berlaku salah faham antara pemain dan penjaga garisan, pemain tengah bernombor 40 ingin menyertai salah faham itu tetapi ia ternampak satu objek pelik dipadang lalu mengambil dan membuang ke luar padang.

Tanpa disedarinya,2-3saat selepas ia membuang objek itu, tidak semen-mena benda itu meletup lalu berlarian pemain dan pengadil daripada tempat itu untuk menyelamatkan nyawa. Mujurlah tidak ada sesiapa yang tercedera, dan selepas itu perlawanan tamat berakhir seri 0-0.


Baca Selanjutnya..


TOP 5 SUKAN PALING MERBAHAYA



base jumping
Base Jumping:        Sukan Base Jumping antara sukan paling merbahaya dengan kadar kematian yang tertinggi di seluruh dunia, jatuh bebas dari altitud tinggi dengan payung terjun diikat di belakang badan.
Sukan ini amat mudah dengan objektif utama ialah mendarat dengan selamat, ia tidak sama dengan terjun dari kapal terbang di sebabkan ketinggian rendah kesilapan besar mesti dielakkan.
Dari melompat hingga menarik payung terjun menpunyai kira-kira 3-10 saat bergantung dari ketinggian asas.
Tempat popular yang dicari untuk terjun kebanyakkan bangunan tinggi,  jambatan dan tebing. Disebabkan kadar kematian sangat tinggi, kebanyakkan negara mengharamkan sukan ini, tetapi ia tidak menghalang peminat sukan ini.
      
Kadar Kematian: 1/60 orang.

Rallying:     Dikenali lebih popular sebagai lumba kereta rally, sangat pantas, versi luaran perlumbaan auto. Track perlumbahan selalu di adakan secara tersembunyi dan tempat awam, biasanya jalan tanah berbatu dan jalan berturap. kereta-kereta yang di pandu oleh pemandu secara teknikalnya lumba haram tapi kereta ini sangat diubah suai lebih pantas dari sebelumnya. Dalam perlumbahan diperlukan didalam kereta mempunyai 2 orang, penunjuk arah dan pemandu. Penunjuk arah berperanan memberi arah dan menunjukkan jalan berpasir, berbatu, lereng, selekoh dan lain-lain.

Kemalangan terburuk: 80 Penonton maut bersama pemandu, 100 orang cedera. 

Free Climb/ Free Solo:       Free hand rock climbing adalah jenis sukan memanjat yang paling merbahaya, memanjat tempat berbatu perlukan fokus yang tinggi dengan tiada ruang untuk kesilapan disebabkan keadaan berbatu yang tidak stabil. Ia melibatkan penggunaan badan anda untuk mengerakkan diri sehingga ke cerun berbatu dan mengekalkan kedudukkan. Free hand rock climbing peringkat merbahaya disebabkan kekurangan tali dan peralatan kecemasan, jadi apabila terjatuh akan menyebabkan kecederaan yang serius atau kematian.

Keseluruhan kematian: 113/setahun atau 1/27,000 pendaki.

Big Wave Surfing:      Sukan Big Wave Surfing Big ombak besar di buat untuk adrenalin. Ia jauh lebih merbahaya dari meluncur air biasa, ombak-ombak biasanya berketinggian sekurang-kurangnya 20 kaki. Disebabkan saiz dan kelajuan gelombang ombak peluncur tidak dapat mendayung ke kedudukan lurus seperti biasa dibuat dalam luncur ombak kecil. mereka mesti ditarik ke dalam kedudukan yang dipanggil Tow Surfing. Saiz ombak dan  kuasa gelombang boleh menyebabkan kecederaan serius atau kematian, menolak peluncur ke atas setinggi 10-50 kaki dari permukaan. Risiko besar apabila terjatuh ke dalam ombak besar berkemungkinan tersangkut di tengah gelombang berpusing-pusing dan turut terhempas di permukaan batu karang.

Peluncur (biasa): kematian 200/setahun Anggaran.

Super-bike Racing:         Super-bike Racing adalah bentuk sukan lumba motosikal yang maju dari lumba motosikal biasa, motosikal ini sangat diubahsuai dan di uji oleh mekanik yang berpengalaman. Sukan ini memerlukan kelajuan dan ketangkasan disebabkan itulah risiko sangat tinggi. Dalam sesetengah perlumbaan, kelajuan perlumba boleh mencapai sehingga 190mph. Suit pelindung pelumba sangat berkesan untuk menyerap impak besar kemalangan yang serius,

Kematian: Didakwa lebih 200 pelumba.
Baca Selanjutnya..


 
Return to top of page Copyright © 2010 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by HackTutors