Wanita pelik suka makan bulu kucing



wanita makan bulu kucing
Dunia digemparkan apabila pengakuan seorang wanita suka makan bulu kucing, setiap hari dia mesti memakan 4 biji bebola bulu kucing dan memakannya sejak berumur 28 tahun. Dia kini berumur 43 tahun jadi dia memulakan kegemaran makanan dia itu sejak 15 tahun lalu.

Wanita ini bernama Lisa, dari Detroit, Michigan. Ini memang tabiat yang aneh dan pelik, belum pernah lagi kisah macam ini dilaporkan.
Dalam program TLC My Strange Addiction musim baru, rancangan ini mengisahkan orang yang pelik dan kisah wanita ini adalah antara kisah-kisah yang pelik dalam rancangan itu. Musim popular ini akan mula ditayangkan 13 Februari.

"Saya ketagih memakan bulu kucing" katanya didalam program itu. Lisa suka mengumpul bulu kucing sekitar apartmen tempat dimana dia tinggal, tidak terlepas bulu yang berada dibelakang sofa dan lantai. Bulu yang paling enak adalah bulu kucingnya sendiri, katanya.

Lagi mengelikan cara dia memanjakan kucingnya dengan menjilat-jilat badan kucingnya seperti ibu kucing menjilat badan anaknya. Dia menjilat sehingga bulu-bulu kucing itu melekat di lidahnya dan menjamah hidangan itu seperti makan tengahari, ini adalah cara Lisa untuk mendekatkan hubungan dia dan kucing peliharaan. Dia mengelarkan "Ikatan Mesra", bulu kucing juga menenangkan

Lisa juga menjelaskan caranya mengunyah bebola bulu itu seperti mengunyah gula getah. Saya mencuitnya sedikit dan memasukkan kedalam mulut. Saya mengunyah sebentar dan mengeluarkannya semula, selepas itu mengunyah kembali bebola bulu kucing itu hinggalah dia menelannya.


2 comments:

  1. gila lak manusia nii.. napa tidak makan bulu anjing plak.

    ReplyDelete

 
Return to top of page Copyright © 2010 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by HackTutors