Bahaya Guna Kipas Angin Ketika Tidur




tidur menghadap kipas
Ramai dikalangan kita menggunakana Kipas Angin menghadap ke wajah ketika tidur, tabiat ini sangat tidak bagus kerana menggunakan cara begini ketika tidur akan membahayakan diri anda.

1. Kurang Oksigen
Tidur dengan wajah mengadap kearah kipas akan menyebabkan anda kekurangan oksigen dan sukar untk bernafas. Lebih teruk apabila anda tidur dalam bilik yang tertutup kerana akan menyebabkan udara tidak segar akan terperangkap dibilik anda.

2. Hiportemia
Terlalu terdedah dengan kipas atau AC masa tidur akan menyebabkan kita mengalami Hipotermia dan kekurangan air. Dalam kes ini kita tidak akan mengetahui sehinggalah terkena Hipotermia.

3. Menurunkan Suhu Badan
Suhu tubuh kita akan melalui penukaran suhu ketika tidur iaitu suhu badan akan menurun secara semulajadi, Jika anda tidur menggunakan kipas angin serta-merta suhu tubuh anda akan menurun secara drastik.
Selain menyukarkan mendapat oksigen ia juga menganggu tekanan darah. Kesannya akan menyebabkan masalah paru-paru dan jantung anda.

4. Kematian
Perkara yang paling teruk akan menyebabkan kematian, ini kerana anda menyedut udara Karbon Dioksida terlalu lama atau kandungan yang tinggi lalu anda akan pengsan dan meninggal dunia tanpa disedari. Bilik yang tertutup serta menggunakan kipas angin menghala ke wajah akan mengurangkan udara segar dan memerangkap Udara yang kita hembus iaitu udara Karbon Dioksida.

Anda boleh menggunakan kipas angin namun jangan menghala kipas itu kearah muka ketika tidur, pastikan menghadap kearah lain atau membiarkannya berpusing-pusing. Seeloknya buka sedikit jendela atau pintu bagi membenarkan Udara Segar memasuki ruang tidur anda.


Responses

0 Respones to "Bahaya Guna Kipas Angin Ketika Tidur"

Post a Comment

 
Return to top of page Copyright © 2010 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by HackTutors