Berita Baik! Pemandu Teksi Menerima Bantuan Beli Kereta Exora




teksi Exora

Berita baik kepada Pemandu teksi yang menerima lesen individu akan diberi geran bernilai RM5,000 kepada setiap seorang untuk membeli Proton Exora.

Perdana Menteri, Datu Seri Najib Tun Razak Berkata bahawa pemandu teksi penerima lesen individu wajib menggunakan kereta Exora itu sebagai kenderaan teksi.

Ini bagi mengalakkan pemandu teksi dapat menyediakan kemudahan teksi yang selesa kepada Penumpang. Katanya disebuah majlis Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya,Ahad.

Najib juga telah mengedarkan penyerahan lesen individu sebanyak 200 lesen kepada pemandu teksi manakala selebihnya akan diurus oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat(SPAD).

Selain itu untuk memudahkan lagi pemandu teksi disini bakal menerima kemudahan menurun dan mengambil penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA 1 dan KLIA 2.

Dengan bantuan yang disalurkan ini akan meringankan bebanan pemandu teksi, Harga asal kereta MPV itu sekitar RM64,000 dapat dikurangkan kepada RM59,000.


Responses

0 Respones to "Berita Baik! Pemandu Teksi Menerima Bantuan Beli Kereta Exora"

Post a Comment

 
Return to top of page Copyright © 2010 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by HackTutors