Assault Rifle yang diterima. -gambar hiasan
Seorang lelaki bernama Seth Horvitz berusia 38 tahun di Washington DC, membeli sebuah televisyen skrin rata di laman web Amazon. beberapa hari kemudian dia menerima bungkusannya,setelah dia membuka dan dia terkejut apabila televisyen tidak berada didalam kotak, sebaliknya sebuah senapang tentera yang berharga sekitar $2,000.
Entah macam mana nama Horvitz tertera namanya bersama alamatnya di label UPS, tetapi invois dalam pakej adalah untuk kedai senjata di Pennsylvania.
Dia tidak mahu senjata itu dan dia tahu memiliki senjata jenis ini haram, apalagi menbawanya menaiki kenderaan jadi dia call polis.
Setiba polis di apartmen beliau, polis mengambil senjata itu dan membuka siasatan bagaimana ia berlaku, adakah ia pernah berlaku sebelum ini.
"Saya ingin tahu macam mana kejadian ini boleh berlaku, terutama kejadian tembakan rambang yang berlaku baru-baru ini. Saya tidak mahu dalam situasi di mana dengan tidak sengaja senjata ini muncul di depan pintu bersama seseorang." Kata Seth.
Labels:
Cerita
Responses
0 Respones to "Lelaki tempah TV di Amazon dapat senapang"
Post a Comment