Penceroboh di lahad datu bertempur dengan polis, Pertempuran Tamat



penceroboh lahad datu
Berita tv1 baru melaporkan bahawa komando polis telah bertempur dengan pencerobohan rakyat filipina di lahad datu, sabah. Punca pertempuran berlaku apabila peronda polis yang meronda dalam kawasan kepungan telah bertembung dengan penceroboh.

Disebabkan terkejut pihak penceroboh telah memulakan tembakan ke arah kereta polis dan polis telah membalas tembakan mereka, mulalah pertempuran tembak menembak berlaku.

Hasil dari pertempuran itu, 3 orang komando polis terbunuh manakala penceroboh pula terbunuh sebanyak 12 orang. 2 lagi tentera malaysia cedera dan dibawa di hospital untuk rawatan lanjut, Bagi penceroboh yang cedera pula tidak dapat dikenal pasti. 

Pertempuran itu telah tamat yang mengambil masa kira-kira beberapa puluh minit. 

Laporan baru-baru ini mengatakan penceroboh filipina di lahad datu akan pulang ke filipina mungkin tidak akan berlaku kerana ketua mereka memberitahu "kami tidak akan kembali ke filipina, ini tanah kami. Kami akan dimalukan negara kami jika kembali kesana. kami akan berjuang hingga hujung nyawa."

Sebab mereka kesini untuk menuntut kembali hak mereka sebagai negara ini kepunyaan mereka.
Orang sabah tidak akan sekali-kali beri negara ini kepada mereka. Berjuang hingga ketitisan darah terakhir sekali pun. 

Al-fatihah untuk komando polis yang terbunuh, mereka berjuang untuk memperjuangkan kedaulatan negara.



Responses

0 Respones to "Penceroboh di lahad datu bertempur dengan polis, Pertempuran Tamat"

Post a Comment

 
Return to top of page Copyright © 2010 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by HackTutors