Lahad Datu: Ketua Penganas Azzimudie Kiram ada Mykad malaysia




mykad Agbimudin @ Azzimudie Kiram ketua penganas

Lagi berita serius apabila Ketua Penceroboh Lahad datu dilaporkan mempunyai mykad malaysia, ini membuktikan yang dia juga adalah rakyat malaysia. Adakah dia boleh dihukum menggunakan undang-undang malaysia kerana dia juga rakyat malaysia.

PKR mendakwa ‘Raja Muda Sulu' Agbimudin @ Azzimudie Kiram merupakan rakyat Malaysia, malah pernah bertugas sebagai pembantu pegawai daerah di Kudat, Sabah.

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata, sejak konflik melanda bulan lalu, terdapat khabar angin berkaitan identiti Azzimudie kerana penduduk Sabah mendakwa mengenalinya.

Menurutnya lagi, carian oleh Timbalan Setiausaha Agung PKR Darrel Iking di arkib negara dalam bahagian penjawat awam 1975 mendapati terdapat pembantu pegawai daerah bernama "Datu Agbimudin Kiram". Malaysiakini

Apakah benar cerita ini, adakah dia juga diberi IC dalam projek IC mahatdir. sebanyak 600,00 rakyat filipina disabah mempunyai ic selepas Projek itu berjalan pada tahun 90an.

Dikatakan ada sebuah rumah di kundasang bernama kiram's Village Mesilou, rumah itu menjadi tanda tanya kepada orang sabah benar ke raja muda sulu pernah tinggal disabah sebelum ini dan mendapat kerakyatan dari pemimpin tertinggi malaysia sendiri.



Responses

0 Respones to "Lahad Datu: Ketua Penganas Azzimudie Kiram ada Mykad malaysia"

Post a Comment

 
Return to top of page Copyright © 2010 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by HackTutors