RM60 ribu ganjaran untuk pemberi maklumat pembunuh william yau



william yau RM60,000
Malaysia tergempar dengan berita kematian budak lelaki bernama William yau yang dilaporkan hilang sebelum ini di Jalan Putra Mahkota, 16 jan. Banyak cerita yang timbul, malah baru-baru ini budak itu dilaporkan didera oleh ibu bapanya. ish..betul ke??
Macam mana sekali pun pembunuh itu mesti dihadapkan dimahkamah untuk mencari keadilan, sebanyak RM60 ribu ganjaran kepada sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai pembunuh william yau sehingga tertangkapnya penjenayah itu.

"Maklumat mestilah betul sah dan mencukupi sehingga pesalah dihadapkan ke mahkamah", Datuk Seri Michael Chong memberitahu dalam sidang akhbar pada isnin kelmarin, 28 jan. Mayat lelaki telah ditemui di Pelabuhan Klang pada 24 jan, hasil ujian DNA mayat itu disahkan william yau. "Ia belum berakhir hanya kerana polis telah menjumpai mayatnya, kami mahu keadilan untuk william" berkata Chong. Ganjaran itu hasil tambahan dari sumbangan 6 pihak lain yang perihatin.

Kepada yang mempunyai maklumat penting mengenai kes pembunuhan ini, diharap tampil memberi keterangan dibalai polis berhampiran, juga boleh menghubungi Datuk Seri Michael Chong 013-398 2381 atau 03-2203 3888.
william yau parent

william yau parent

william yau



Responses

0 Respones to "RM60 ribu ganjaran untuk pemberi maklumat pembunuh william yau "

Post a Comment

 
Return to top of page Copyright © 2010 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by HackTutors