Jadi macam mana nak mengurus bajet dengan baik?
Saya akan beri 6 tips untuk mengurus bajet dan kewangan dengan mudah.
1. Senarai Perbelanjaan tetap
Membuat senarai pertama perbelanjaan bill bulanan dan penyata bank. Senarai perbelanjaan tetap seperti kos utiliti, sewa Rumah/Apartment (mortgage) dan kos makanan. Ini yang sepatutnya anda perlu beri perhatian bukan seperti bil astro, rokok, kredit telefon dan lain-lain yang anda mampu teruskan hidup seharian tanpa masalah walaupun benda ini tidak ada.
2. Hutang
Buat senarai kedua untuk hutang dan termasuk berapa banyak anda berhutang, berapa kadar faedah setiap hutang dan bayaran sebulan. Hutang kereta juga termasuk dalam senarai ini walaupun ramai orang menganggap ia sebagai Perbelanjaan tetap. sebaliknya, perbelanjaan bulanan minyak dan penyelenggaraan kereta yang perlu diletakkan dalam senarai Perbelanjaan tetap.
3. Kos tambahan
lembaran kertas ketiga, senaraikan semua kos bulanan anda sebulan seperti kos Hiburan, Kecantikan dan Rawatan serta semua barang yang anda berbelanja besar setiap bulan yang tidak diperlukan sangat. Lihat dengan teliti dengan senarai ini pastikan anda tidak terlepas kos belanja keluar dengan kawan setiap bulan.
4. Kalkulator
Campurkan ketiga-tiga senarai dan kira keseluruhan jumlahnya, selepas itu tolak dari gaji anda. Keputusan akan mengejutkan anda kerana mungkin jumlah yang di belanjakan setiap bulan melebih dari yang diduga selama ini. Berita buruk kerana anda terpaksa mengubah cara hidup anda sekarang ini. Berita baiknya kini telah mendapatkan semua maklumat mengenai perbelanjaan sebulan dan anda perlu membaikinya.
5. Memperbaiki
Lihat dengan teliti senarai itu, berapa banyak perbelanjaan yang anda dapat kurangkan?
Dengan memikirkan kos yang anda belanjakan setiap bulan, dengan mudah anda mampu mengatasi dan mengurangkan perbelanjaan yang tidak perlu. Berapa anda belanjakan untuk Lunch setiap hari, mungkin anda terkejut kerana berbelanja besar untuk ini setiap bulan. Mula dengan membawa bekal makanan dan makanan beku, boleh juga hanya membawa Sandwich yang dibuat sendiri dirumah sekali gus boleh berdiet.
Jika hampir bayaran keseluruhan gaji kepada membayar hutang terutama kad kredit, anda boleh berbincang dengan pihak bank dan syarikat-syarikat kad kredit untuk mengurangkan kadar faedah dan sudah tentu ada syarat-syarat tertentu dikenakan. Tidak salah mencuba jika itu boleh mengurangkan kos perbelanjaan anda.
Kerajaan sekarang juga memberi rebat RM200 kepada individu yang ingin membeli telefon pintar, anda boleh menjimatkan bajet dengan menggunakan peluang ini.
6. Penyelarasan
Mula membuat penyelarasan bajet bulanan anda dan lihat hasil simpanan anda bertambah setiap bulan, ia akan memberi motivasi kepada anda. Simpanan adalah sangat penting untuk masa-masa kecemasan, mereka yang tiada simpanan akan memanjangkan lagi masalah kewangan mereka kerana jika berlaku kecemasan yang memerlukan wang, anda terpaksa berhutang jika tidak mempunyai duit yang mana menambahkan lagi hutang anda. Ingat, jangan hanya menyimpan simpanan pada akaun utama, simpan juga di akaun lain.
pendapatan online juga boleh menambahkan kewangan lumayan selain kerja biasa, ia boleh dilakukan Partime atau sepenuh masa.. yang buat bisnes melalui facebook juga sangat untung, tetapi perlu juga sentiasa mengubah strategi perniagaan mengikut keadaan semasa laman sosial itu.
Salah satunya melalui Ebay yang menjana pendapatan lumayan saya melalui online setakat ini. korang bagaimana?
Labels:
Duit

sangat berinformasi, banyak yang saya belajar dari blog ini. terima kasih. saya akan datang lagi.
ReplyDeleteharap aen dapat apa yang ingin dipelajari di sini.
Deleteterima kasih berkongsi. info yang sangat baik sebagai peringatan menguruskan bajet.
ReplyDelete