http://komunikasibelia.skmm.gov.my/ - gambar hiasan
Sejak pendaftaran rebat rm200 untuk telefon pintar di laman sesawang komunikasibelia buka pagi tadi, hampir 5,500 belia yang mendaftar setakat jam 7 malam tadi.
Pakej Komunikasi Belia (PKB) ini terbuka kepada belia berumur antara 21 hingga 30 tahun, berpendapatan RM3,000 kebawah beli apa jua jenis telefon pintar dan layak dapat rebat RM200 yang diumumkan oleh kerajaan.
Permulaan pengumuman rebat RM200 hanya untuk telefon pintar berharga tidak lebih RM500, tapi selepas mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet kementerian terbabit hari ini. Jemaah menteri bersetuju untuk beri rebat RM200 pada belia beli apa jua telefon pintar dan tiada had harga.
Pemberian rebat RM200 itu dilaksanakan di bawah Pakej Komunikasi Belia (PKB) selaras dengan ucapan Belanjawan 2013 yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada September lalu.
Syarikat telekomunikasi yang terlibat dalam skim PKB ini iaitu Celcom, Digi, Maxis, Tune Talk, U Mobile, YTL dan Clixster. Communications dengan koordinasi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
“Kami bersyukur dan gembira dengan sokongan yang diberikan orang ramai terhadap skim ini. Sambutan menggalakkan ini menunjukkan bahawa masyarakat, khususnya golongan belia, bersedia bergerak dalam zaman ICT dan menerima baik perkembangan teknologi dunia internet,” kata Pengerusi SKMM, Datuk Mohamed Sharil Tarmizi.. Communications dengan koordinasi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Kesan daripada sambutan yang diluar jangka itu menyebabkan laman sesawang komunikasibelia.skmm.gov.my & nbi.skmm.gov.my mengalami sedikit kesesakan apabila ramai orang cuba mengakses laman sesawang itu.
Pihak SKMM sedang tangani masalah itu secepat mungkin dan berharap orang ramai bersabar sedikit masa lagi.
Pendaftaran di bawah Pakej Komunikasi Belia dan skim Get Malaysian Business Online boleh dilakukan secara online dari 7 pagi hingga 11 malam.
Untuk pertanyaan lanjut, orang ramai boleh hubungi hotline SKMM di 1800-88-4040 dari 8.30 pagi hingga 5.30 petang, Isnin hingga Jumaat kecuali cuti umum.
SKMM juga ingin memaklumkan bahawa pihak penyedia perkhidmatan masih mengemaskinikan model-model telefon pintar dan senarai ejen-ejen mereka di laman sesawang masing-masing. Setakat ini terdapat lebih 20 jenis telefon pintar 3G yang ditawarkan. Labels: Informasi
Responses
0 Respones to "belia dapat rebat RM200 untuk telefon pintar"
Post a Comment