Doa Nora Danish Buat Fasha Sandha yang Sarat Mengandung




Doa Nora Danish untuk Fasha Sandha yang mengandung

Fasha Sandha bakal akan melahirkan anak pertamanya, Dia ternyata gembira setelah mengandung. Terbaru Nora Danish yang pernah bergaduh dengan fasha mendoakan Anak Fasha, kini mereka sudah menunjukkan sikap yang matang tidak bergaduh seperti dahulu lagi.

 "Saya doakan Fasha dan bayinya selamat," itulah doa Nora Danish buat Fasha yang bakal bergelar ibu tidak lama lagi". Nora turut meluahkan perasaan gembira dan mengharapkan yang terbaik buat Fasha dan bayinya.

"Terus terang saya gembira kerana selepas ini Rayqal ada kawan baru," tutur Nora.

Walaupun pernah bermasam muka dengan Fasha sebelum ini, Nora menyatakan dia tidak mahu perkara lepas diungkit kembali.

"Fasha ibarat kakak saya sendiri, saya harap semuanya berjalan lancar," katanya.


1 comment:

 
Return to top of page Copyright © 2010 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by HackTutors