Pada hari selasa baru-baru ini, FACEBOOK LANCAR GRAPH SEARCH, KUASA BARU CARIAN ENGIN pada sidang akhbar yang diumumkan Pengasas Facebook bersama dan CEO Mark Zuckerberg sendiri, produk baru ini akan membolehkan pengguna untuk melakukan pencarian yang lebih canggih di halaman facebook.
Dengan pengenalan produk Facebook Graph Search ini, ia seolah-oleh pasal perubahan dan dengan perubahan itu Organisasi perniagaan yang mengunakan Facebook juga perlu membuat beberapa perubahan sendiri. Organisasi perniagaan atau persendirian perlu mengambil kesempatan mencipta peluang keatas Graph Search itu.
Graph Search memberi tumpuan kepada 4 perkara iaitu orang, gambar, tempat dan minat.
Terdapat 5 perkara akan memaksa kepada Organisasi atau persendirian yang berniagaan melalui laman sosial facebook untuk melakukan perubahan(melakukan lebih baik atau mengambil kesempatan) keatas peluang ini dengan lebih drastik.
1. Dapatkan lebih 'LIKE'
Berdasarkan apa yang diketahui tentang sifat Graph Search ini, LIKE akan diambil kira. Lebih banyak LIKE di Organisasi atau fan page atau apa sahaja, lebih besar peluang untuk semua perkara ini akan muncul di pencarian (Graph Search). Pada masa dulu, LIKE tidak di titik beratkan oleh pengguna mahupun perniagaan sendiri tapi kini telah memberi inspirasi untuk mengambil lebih perhatian keatas butang LIKE itu. Tidak dapat dielakkan terburu-buru untuk mendapatkan Like dihari kemudian, pelbagai cara untuk mempercepatkan dapat Like beribu-ribu malah berjuta-juta Like. Ia menjadi sangat penting untuk sesebuah perniagaan itu memberi offer kepada pelanggan semata-mata membuat pelanggan itu kembali kepada anda.
2. Memantapkan isi kandungan
Isi kandungan menjadi semakin penting, seperti juga Like ia juga meningkat dengan ciri-ciri yang ada di Graph Search. Kandungan lebih baik dan mantap yang anda tawarkan, lebih baik peluang anda muncul di pencarian serta merta memajukan perniagaan anda. Ia sama juga merupai seperti SEO(search engine optimization).
3. Mengoptimumkan kandungan
Disamping memantapkan kandungan anda juga perlu untuk mengoptimumkan kandungan media sosial anda untuk pencarian. Seperti yang anda harapkan dilakukan di perusahaan(company) anda.
4. Membangunkan kakitangan berdedikasi
Perkara yang dicadangkan ini tidak datang dengan mudah, ia tidak akan datang jika ada sesuatu yang tidak jelas(atau tidak dfahami) fungsi dalam Organisasi anda. Bergantung kepada tahap penggunaan perniagaan Organisasi anda, tidak masuk akal untuk memberi seseorang sepenuh masa untuk mengurus semua fungsi-fungsi ini tapi ia akan masuk akal jika menggariskan apa yang perlu dilakukan oleh siapa,bagaimana dan bila.
5. Privasi diutamakan
Walaupun Facebook memberi jaminan untuk mengutamakan Privasi pengguna tapi anda juga perlu berhati-hati. Sebelum ini pun, Facebook telah beberapa kali tersandung mengenai privasi ini. Peniagaan atau pengguna perlu memastikan segala kuasa yang mereka ada untuk melindungi privasi sehinggah akhir. Dan jadi sensitif kepada pengguna adalah cara betul untuk berinteraksi.
Anda suka juga SENARAI TELEFON PINTAR REBAT RM200 TERKINI. Labels: Bisnes
Responses
0 Respones to "5 Perkara Facebook Graph Search Perniagaan Perlu Berubah"
Post a Comment