Jadi ini ringkasan 7 cara menulis entri:
1. Tentukan Topik Korang
Mulakan dengan membuat senarai topik yang korang tengah fikir atau hendak buat dan seterusnya mengasingkan serta memilih Topik yang berpotensi korang dapat menulis tentangnya.
2. Karangka Karangan ( Outline )
Ini benda yang kita belajar masa sekolah dulu. Menulis entri korang di nota lebih bagus dari korang menaip terus. Benda ni sangat membantu kita menulis untuk tetap konsisten 'on the track' supaya cerita kita tidak tersasar jauh dari topik.
Dengan menggunakan cara ini, ia akan membantu korang menulis diluar aliran biasa dan memberi pemikiran secara logik supaya korang lebih bersedia apabila korang mula membuat entri.
3. Isi Dalam Kosong
Dengan garis panduan Outline untuk entri korang, mula mengisi tempat kosong. maksudnya selitkan pertanyaan, menunjuk, memberi contoh, menceritakan kesah dan teruskan menulis. Jangan risau tentang macam mana bunyinya, dapatkan ayatnya dan teruskan membina cerita korang. Fokuskan pada idea-idea yang korang ingin sampaikan. Menulis dan mengubah adalah cara yang berlainan, cuba untuk menggunakan kedua-duanya serentak akan menghalang proses membina cerita dan tentu sekali korang akan tersangkut dari meneruskan menulis, ia akan membuat korang menulis semula.
Dalam langkah ke 3, hanya memberi tumpuan untuk mendapatkan idea keluar dan memberi apa yang ingin disampaikan.
4. Edit
Membaca semula entri untuk mengenalpasti kesalahan ejaan, maksud dan sebagainya. Sebaik-baiknya baca dengan kuat, ini akan membantu korang jumpa kesalahan-kesalahan dengan mudah.
5. Fokus Pada Tajuk
Menulis tajuk yang sangat berkesan adalah sukar. Korang boleh tetapkan sendiri keyword yang sangat sesuai untuk entri korang atau buat kajian sikit mengenai Keyword. Dengan Keyword yang bagus dapat bersaing dengan Blog yang Popular.
6. Tambah Gambar
Gambar yang menarik, tempat bersesuaian akan membantu menceritakan entri korang dan memberi kesan yang Positif kepada pembaca. Jangan sesekali mengabaikan ciri-ciri gambar kerana kebanyakkan pembaca lebih meminati entri bergambar daripada entri seperti karangan.
7. Kongsi Entri Korang
Sekarang korang telah siap menulis entri dengan jayanya, pastikan korang kongsi entri di laman sosial seperti Facebook, Twitter, LinkedIn dan sebagainya. Labels: Tips
so informative... :)
ReplyDeletethank..
Deletesangat brguna..thanks sharing
ReplyDeletesekadar nak berkongsi.. :)
DeleteTerima kasih kerana berkongsi ilmu
ReplyDeleteok sama-sama..
Deleteterima kasih berkongsi ilmu dalam penulisan blog.
ReplyDeletesama2..harap lepas ni idea korg mencurah-curah datang.
Delete