AWAS penipuan auto like di facebook curi password




Penipuan Auto like, Auto subscriber semakin berleluasa di facebook. Ramai penguna facebook tertipu disebabkan nak popular cepat di facebook tapi disebalik mangsa terkapai-kapai nak dapat like/subcribers hanya seorang saja yang dapat like/subscribers dengan cepat iaitu pembuat script Auto Like.
Penting untuk kita mengetahui bahaya Auto like facebook ini. Ramai yang tidak mengetahui servis Auto like ini memerlukan pengguna Acces Token, benda ni yang kita nak bincangkan. Acces Token inilah yang merbahaya kepada akaun Facebook kita. 

Apa Acces Token ni??

Acces token ialah struktur data yang mengandungi maklumat keselamatan.
Maklumat ini yang diperlukan sebuah proses untuk mengakses data (facebook anda) atau proses lain yang memerlukan kebenaran.


Macam mana Acces Token ini wujud??

Seperti yang kita ketahui bersama, Facebook mempunyai ribuan bahkan mungkin jutaan apps (aplikasi) untuk penggunanya. Dari setiap penggunaan apps tersebutlah Access Token tercipta. Setiap Access Token akan disimpan pada pelayan hostingan pembuat aplikasi Facebook.


Macam mana Acces Token berfungsi??

Dengan Acces Token mereka boleh mengepost status di facebook anda tanpa memerlukan password anda dengan melakukan sedikit injection tertentu ke atas URL anda. 
  https://graph.facebook.com/ID/feed?method=POST&link=URL&message=STATUS&access_token=ACCESS-TOKEN-MANGSA
mudahkan..?
Bahkan mereka boleh mengepost, mengelike, mengomen di group2 dan fan page di facebook dengan melakukan script injection keatas URL tertentu.

Dalam hal ini, akan menyusahkan admin group/fan page padam satu persatu spam2 ni, biasa admin akan kick block terus orang2 yang terjangkit virus Auto/Subscriber facebook ni.

Nasihat saya,jangan sesekali mengunakan servis Auto Like di facebook kerana anda mungkin terjerat oleh hacker yang berniat jahat kepada anda. Nak Auto like buat script sendiri.
Kalau nak like/subcriber dengan cepat gunakan cara yang selamat,ada servis2 berbayar dan percuma yang betul untuk mempercepatkan like di fan page.


Autolike spam di group:



2 comments:

  1. isu pasal nie memang tengah hangat kat fb .
    kesian gak kat orang yang terkena tu .

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye,dorg asyk terspam je. spai admin2 page group kick dorg.

      Delete

 
Return to top of page Copyright © 2010 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by HackTutors