Sultan Sulu: Malaysia Wajar Berhentikan Bayaran RM5,300 Setahun Kepada SULU | Ketika ini Pasukan keselamatan sedang meneruskan OPS Daulat untuk menghampuskan saki baki pengganas di lahad datu, sabah.
Kita juga dibayangi isu malaysia selama ini membayar RM5,300 setahun kepada pewaris sultan sulu. Banyak yang keliru dengan pembayaran ini, dengan pembayaran setiap tahun ini membuat orang ramai memikirkan bahawa kita telah menyewa Sabah dari Sultan Sulu.
Fakta dalam surat perjanjian yang dibuat menyebut sangat jelas bahawa sabah adalah milik malaysia sepenuhnya dan tidak boleh dituntut mana-mana negara lain. So duit yang dibayar setiap tahun kepada waris sultan sulu itu bukanlah duit Sewa tetapi bayaran "cession" (Penyerahan Hak).
Negara lain juga ada membayar "Cession" ini seperti malaysia.
- Russia menyerah hak milik Alaska kepada United State Amerika dengan bayaran USD 7.2 juta atau USD 0.02 seekar.
- Louisiana, telah diserahkan oleh Perancis kepada USA dengan bayaran sebanyak USD 15 juta atau USD 0.003 seekar.
Malaysia bukanlah yang pertama membayar duit Cession ini kepada waris kesultanan sulu tetapi daripada British. Seterusnya british diserahkan hak milik sabah kepada malaysia.
Kita lihat Sejarah bayaran perjanjian ini.
- Bayaran ini telah dibuat oleh syarikat hindia timur Baron Overbeck semenjak 1878.
- Bayaran adalah untuk sebagai hak penyerahan bukan bayaran sewa.
- British telah membayar wang berkenaan setiap tahun walaupun semasa Jepun takluk Sabah.
- Sultan Kiram (waris) pernah membuat tuntutan penyerahan semula Sabah kerana kegagalan Brirtish bayar duit tersebut pada ketika Jepun tawan Sabah. Tetapi British menjawab wang tersebut telah dimasukkan kedalam akaun sultan di UK. Setelah tidak berjaya dia minta pula duit tersebut dibayar secara sekaligus. Masih tidak berjaya juga.
- Perjanjian 1878 tersebut tiada tempoh masa selagi bulan dan bintang beredar.
- Kerajaan Manila pernah memaklumkan kepada konsulat British bahawa mereka tidak mengiktiraf kerajaan sulu (sebelum penubuhan Malaysia). Sultan Sulu dianggap tidak lebih daripada rakyat filipina.
Sekarang terdapat ramai waris Sultan Sulu yang menuntut wang tersebut akibat kemiskinan mereka. Mereka terpaksa membahagikan duit tersebut.
Kerajaan Filipina telah berhenti mengiktiraf Kesultanan Sulu sejak kematian Sultan Jamalul kiram II, tanpa meninggalkan waris yang akan mewarisi Takhtanya maka dengan itu Kesultanan Sulu tidak Wujud lagi.
Walaupun Saudaranya Jamalul Kiram III menuntut hak sultan Sulu itu tapi dia tidak layak kerana yang paling layak adalah tujuh orang terdekat ini.
Generasi kedua waris ini ialah Dayang-Dayang Piandao Taj-Mahal Kiram-Tarsum Nuqui, Putli Nurhima Kiram-Forman, Siti Ayesha K.H Sampang, Sulatan Fuad A. Kiram, Dayang-Dayang Sheramar T. Kiram, Puteri Permaisuri Kiram Guerson dan Sitti Jenny K.A Sampang.
Bagi mengelak berlakunya kekeliruan bayaran Cession ini dan mencetus pencerobohan di Lahad Datu, haruslah malaysia berhenti membayar duit ini kepada Sulu kerana waris Kesultanan Sulu tidak Wujud dan tidak diiktiraf oleh Kerajaan Filipina lagi.
Duit RM5,300 setahun itu mungkin tidak cukup bagi sembilan pewaris sultan yang menuntut hak kesultanan sulu, mereka miskin pasal itu mereka mengkucar-kacir sabah supaya bayaran dinaikkan. Mereka tahu sabah tidak mungkin kembali kepada mereka.
Inilah sifat tamak Sultan Jamalul Kiram III yang tidak pernah diiktiraf kerajaan Filipina, Mengaku sultan lepas itu guna duit dari pemberian malaysia untuk menyerang sabah.
Rakyat malaysia menyambut baik Kerajaan Malaysia jika mereka mahu berhentikan bayaran setiap tahun kepada pewaris kesultanan sulu.

Responses
0 Respones to "Sultan Sulu: Malaysia Wajar Berhentikan Bayaran RM5,300 Setahun Kepada SULU "
Post a Comment