Kenaikan Elaun Dan Gaji Tahunan Bagi Kakitangan Awam 2013



kenaikan gaji

Kenaikan Elaun Dan Gaji Tahunan Bagi Kakitangan Awam 2013 | Seperti yang dijanjikan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan Kenaikan gaji kakitangan awan bagi tahun 2013. Perdana Menteri memberi pengumuman awal pagi tadi.

Antara kenaikan yang diberi keutamaan melibatkan kadar kenaikan elaun rumah/ elaun tetap, kenaikan gred, semakan kenaikan gaji maksimum dan penambahbaikan sistem perkhidmatan.

Senarai Kenaikan yang terlibat dalam Pengumuman itu.
  1. Seramai 50,000 pegawai kontrak yang menamatkan kontraknya pada 31/12/2013, akan disambung setahun lagi. Kajian menyeluruh akan dibuat nanti.

  2. Skim perkhidmatan dari gred 1 hingga 10, dinaik taraf kepada gred gaji kelayakan masuk PMR. Seramai 166,541 penyandang terima manfaat itu.

  3. Kerajaan setuju meluluskan pengurusan kenaikan pangkat Kumpulan Pelaksana dengan memendekkan tempoh kenaikan pangkat dari tempoh 15 tahun kepada 13 tahun. Seramai 17,000 penjawat awam yang layak terlibat.

  4. Kerajaan setuju luaskan kaedah pelaksanaan kenaikan pangkat iaitu Kenaikan Pangkat Laluan Pantas, Kenaikan Pangkat Laluan Kemahiran Tinggi dan Kenaikan Pangkat Laluan Pakar Bidang.

  5. 182,434 penjawat awam bergaji maksimum pada 2013 dan tidak dapat kenaikan gaji tahunan, semua struktur gaji maksimum dalam Jadual Gaji Minimum-Maksimum ditambah Kenaikan Gaji Tahunan sebanyak tiga kenaikan gaji tahunan berkuat kuasa 1 Januari 2013.

  6. Jika tiada pelarasan gaji atau semakan dibuat, kerajaan bersetuju beri Pergerakan Gaji Khas sebanyak tiga peratus kepada pegawai yang mencapai dan punyai gaji maksimum.

  7. Skim Saraan Malaysia (SSM), bagi KGT Gred 1 hingga 11 dan gaji gred naik pangkat tidak dapat tampung kenaikan pangkat, kerajaan setuju buat tambah baik sebelum akhir 2013 berpandukan prinsip saraan sejagat iaitu kadar upah untuk kerja relativiti dan pariti perkhidmatan serta "pay for performanca".

  8. Kerajaan setuju beri semua penjawat awam faedah pemindahan gaji sebanyak satu kenaikan gaji tahunan diawalkan pada 1 Julai 2013. Setiap penjawat awam terima antara RM80 hingga RM320. Ia membabitkan perbelanjaan sebanyak RM1.5 bilion.

  9. Semua inisiatif yang diumumkan hari ini adalah sebahagian daripada sistem saraan baru iaitu Sistem Saraan Transformatif (SST).




Responses

0 Respones to "Kenaikan Elaun Dan Gaji Tahunan Bagi Kakitangan Awam 2013"

Post a Comment

 
Return to top of page Copyright © 2010 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by HackTutors