Tips Penjagaan Kesihatan Payudara Wanita



payudara wanita

Tips Penjagaan Kesihatan Payudara Wanita | Aset paling berharga bagi wanita adalah Payudaranya tapi kenapa hampir 60% wanita tidak tahu menjaga Payudaranya dengan betul. Mungkin wanita malu bertanya tentang hal ini yang membuatkan mereka tidak tahu tentang penjagaan Payudara.

"Pembunuh utama wanita adalah kanser payudara."

Disini saya akan memberi tips Penjagaan Payudara anda Dengan betul.

1. Memakai Bedak
Peluh dan kelenjar minyak sering memenuhi sekitar Payudara. Bagi mengatasinya anda bolehlah memakai bedak selepas mandi. Elakkan memakai Bra Basah.

2. Pelembab
kulit perlukan pelembab untuk memastikan kulit sihat dan mencegah kering serta pecah, tidak kiralah kulit muka atau tangan, Payudara juga memerlukan pelembab. Bermacam jenis pelembab payudara berada dipasaran, jenis yang paling dikenali Bust Cream.

3. Periksa Payudara
pastikan anda membuat pemeriksaan Payudara anda di hospital swasta atau kerajaan sekali setiap 3 tahun untuk memastikan tiada tanda-tanda kanser. Anda akan diperiksa menggunakan Mammogram tapi untuk lebih terperinci anda juga boleh meminta doktor memeriksa menggunakan Magnetic Resonance Imaging (MRI) atau Sonogram. Keadah pemeriksaan lain seperti Ultrasonografi (USG) juga sangat efektif.

4. Jangan Tidur Meniarap
Sangat tidak digalakkan wanita tidur meniarap kerana dipercayai mampu merubah bentuk asal Payudara. Posisi tidur miring adalah yang terbaik untuk wanita sambil payudara disokong oleh bantal lembut. Pastikan jangan memakai Bra Ketika tidur bagi membolehkan Pori-Pori Paayudara bernafas.

5. Guna Bra yang sesuai
Jika anda jenis yang aktif bersukan, gunakan bra yang sesuai atau sport Bra. Agar pergerakan anda tidak terganggu. Guna Bra berkawat jika ukuran Payudara anda besar atau kendur kerana faktor usia.

6. Ukuran Bra yang betul
Jika kulit sekitar payudara gatal dan kemerah-merahan, Kemungkinan Bra yang anda pakai terlalu kecil atau alergik pada sesetengah kain. Tukar Bra yang sesuai

7. Rajin bersukan
Rajin bersenam sekurang-kurangnya 45 minit setiap hari, Ia mampu mengurangkan risiko kanser payudara. Amalkan ara pemakanan yang sihat.

8. Jaga berat badan
Jika berbadan besar kita akan kurang keyakinan. Penampilan adalah fokus utama bagi kerana semua penyakit berkait rapat dengan obesiti. berat badan yang berlebihan juga mengurangkan antibody kita.

9. Stres
beberapa orang yang berpenyakit payudara akan terasa kesakitan apabila meningkatnya beberapa jenis hormon apabila stres. Terbukti stres membawa pelbagai penyakit.


Responses

0 Respones to "Tips Penjagaan Kesihatan Payudara Wanita"

Post a Comment

 
Return to top of page Copyright © 2010 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by HackTutors