Assalamualaikum kepada semua yang beragama islam, tidak lama lagi bulan syawal akan menjelang tiba tetapi sebelum itu mestilah berpuasa di bulan Ramadhan selama sebulan barulah sambutan hari raya bermakna.
Banyak kelebihan dan keistimewaan bulan yang mulia ini, ia memberi ummat islam manfaat hari akhirat dan dunia juga kebaikan untuk kesihatan tubuh badan manusia. Berpuasa adalah wajib bagi ummat islam sihat tubuh badan, jika terbatal puasa kenalah ganti puasa itu.
Sebelum berpuasa kena pastikan niat puasa betul atau salah, dibawah saya akan sertakn bacaan Niat Berpuasa, Niat Puasa Sebulan, Niat Puasa Ganti dan Doa Buka Puasa.
Niat Berpuasa
"Nawaitu sauma ghodin an’adae fardisyahri romadhona hazizhi sanati lillahhi ta’ala."
Maksudnya:
Sahaja aku berniat puasa esok hari untuk menunaikan fardu Ramadan tahun ini kerana Allah Taala.
Niat Puasa Sebulan
"Nawaitu sauma syahri ramadhana kulihi lillahitaala"
Maksudnya:
Sahaja aku berniat berpuasa keseluruhan pada bulan ramadhan ini kerana Allah Taala.
Niat Puasa Ganti/ Puasa Qada
نويت صوم غد عن قضاء فرض رمضان لله تعالى
"Nawaitu sauma ghodin an’ qada'e fardhu ramadhona lillahi taala"
Maksudnya:
Sahaja aku puasa esok hari kerana ganti fardhu Ramadhan kerana Allah Taala.
Doa Berbuka Puasa
"Allahumma laka shumtu wa bika amantu wa ‘alaa rizqika afthartu birahmatika ya arhamarrohimin"
Bacaan Niat bersama lebih dari seorang, Masti tukar sebutan 'tu' kepada 'na'
Contoh: "Allahumma laka shumna wa bika amanna wa ‘alaa rizqika aftharna birahmatika ya arhamarrohimin"
Maksudnya:
Ya Allah bagi Engkau kami berpuasa dan dengan Engkau beriman kami dengan rezeki Engkau kami berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.
Video Doa Berbuka Puasa Dari Upin dan Ipin
Ayat Al-Baqarah ayat 183 dan 185, ALLAH berfirman:
"Wahai orang-orang beriman!! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana yang diwajibkan ke atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa".
Video Doa Berbuka Puasa Dari Upin dan Ipin
Ayat Al-Baqarah ayat 183 dan 185, ALLAH berfirman:
"Wahai orang-orang beriman!! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana yang diwajibkan ke atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa".

Responses
0 Respones to "Niat puasa, Niat Puasa Sebulan, Niat Puasa Ganti dan Doa Buka Puasa"
Post a Comment