Pendidikan Negara Paling Maju Di Dunia




negara pendidikan maju

Pendidikan Negara Paling Maju Di Dunia | Sebuah Negara mencapai kemajuan yang paling pesat dalam pendidikan di Dunia, meninggalkan jauh kebelakang Negara-negara lain.

Negara yang dimaksudkan adalah negara Finland, Mereka mempunyai sistem Pendidikan yang efektif sehingga mendapat kelulusan yang tinggi sebanyak 93%.

Tahap kelulusan membanggakan iaitu dua daripada tiga orang lepasan sekolah tinggi akan pergi ke Kolej.

Sebuah program test PISA untuk merekod tahap pendidikan diantara negara-negara dunia, Finland menduduki tangga teratas.

Apa yang mengejutkan adalah tiada kerja rumah di negara itu.

so apa rahsia mereka sehingga mampu mencapai kelulusan tertinggi bagi setiap pelajarnya?

Kelebihannya adalah jumlah Guru yang mengajar, Kita bandingkan jumlah Guru di New york city dengan finland.

NYC - Mempunyai pelajar hampir 1 juta, purata guru mengajar 1 balas 24 pelajar.

Finland - Menpunyai cuma seramai 600,000 pelajar dan nisbahnya adalah 1 guru mengajar 12 pelajar

Mereka hanya mempunyai satu kali Peperiksaan sebenar sahaja berbanding dengan malaysia yang mempunyai 3 kali UPSR, SPM, STPM. Mereka mengambil Peperiksaan ini apabila mencapai umur 16 tahun.

kerja rumah

Kanak-kanak mereka juga mempunyai masa yang lebih untuk meluangkan masa seperti kanak-kanak yang lain. Ini kerana mereka tiada kerja rumah sehingga mencapai belasan  tahun.

guru terhormat

Paling penting Guru mereka sangat dihormati, kelayakkan menjadi Guru juga memerlukan tahap tertinggi Master Degree. Hanya 10% lepasan graduasi teratas sahaja yang diterima dalam program perguruan.


Responses

0 Respones to "Pendidikan Negara Paling Maju Di Dunia"

Post a Comment

 
Return to top of page Copyright © 2010 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by HackTutors