Anwar Tarik Balik Saman 100 Juta Keatas Blog Papa Gomo




Anwar saman blog papa gomo

Sebelum ini kecoh apabila Blog Papa Gomo menyebarkan gambar dua lelaki bermesra disebuah bilik yang mirip dengan muka Datuk Seri Anwar Ibrahim, apabila melihat Blog Papa Gomo anwar menyaman blog itu sebanyak 100 Juta dengan dakwaan mengaitkan dia dengan orang yang berada didalam gambar.

Ingatkan Anwar nak cabar Gomo supaya dedahkan jika benar ada bukti, rupanya nak ulas pun takut. Semalam bukan main lagi umum satu dunia nak saman Gomo 100 juta...

Anwar serah cabaran Papa Gomo kepada peguam

PETALING JAYA - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan 'cabaran' Papa Gomo yang memberi beliau tempoh 48 jam supaya menarik balik saman terhadapnya jika tidak mahu lebih banyak pendedahan dibuat.

"Saya serahkan perkara itu kepada peguam saya untuk uruskannya," kata beliau ringkas pada sidang media di sini, hari ini.

Papa Gomo membuat kenyataan beliau enggan menarik balik tuduhan dan membuat permohonan maaf walaupun bakal berhadapan saman berjumlah RM100 juta, sebaliknya mahu mendedahkan lebih banyak video  membabitkan Anwar.

Menerusi sebuah entri di blognya semalam, Papa Gomo berkata, beliau ingin mengikut jejak langkah idolanya, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang enggan memohon maaf apabila menggelarkan Anwar sebagai homoseksual.

"Saya nak menyatakan bahawa saya memohon maaf kepada Datuk Seri kerana saya tidak ada pilihan lain selain daripada terus mendedahkan kegiatan tak bermoral Datuk Seri agar rakyat mengetahui kebenarannya," tulis blogger pro-Umno berkenaan.

Anwar memulakan proses perundangan ekoran pendedahan gambar dan video lelaki mirip pemimpin utama pembangkang itu, semalam.

Ketua Umum PKR itu memberi masa 48 jam supaya Papa Gomo menarik balik tuduhan dan memohon maaf terhadapnya.

Namun Papa Gomo dilihat bertegas dengan pendedahannya itu dan menegaskan apa yang dilakukannya hanyalah untuk menyedarkan masyarakat bahawa Anwar tidak layak menjadi pemimpin serta mencabar Anwar Ibrahim menyamannya.

Sumber


Responses

0 Respones to "Anwar Tarik Balik Saman 100 Juta Keatas Blog Papa Gomo"

Post a Comment

 
Return to top of page Copyright © 2010 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by HackTutors