You are here: »
Home » Posts filed under Pelajaran
Beijing - Dek kerana teringin sangat memiliki telefon pintar seperti Apple Iphone dan Ipad, Mahasiswa di China mencatat paling banyak berhutang dengan bunga yang tinggi.
Mahasiswa disana rela bercekik darah berhutang dengan bunga yang sangat tinggi semata-mata hanya ingin mendapat Gadget yang popular sekarang ini.
Kajian dilakukan di kota Wuhan, China. Hasil kaji selidik sejak jan 2012 sehingga Feb 2013 mendapati mahasiswa-mahasiswi di China mencatatkan hutang sebanyak 160 juta Yuan dicawangan pinjaman kredit HC China.
satu juta mahasiswa di wuhan meminjam wang dari HC China iaitu 1 daripada 50 orang meminjam hutang. Hampir 90% pinjaman daripada HC China kredit digunakan untuk membeli telefon Iphone dan ipad.
Disebabkan kelulusan dari kredit HC China serta-merta dan mudah menyebabkan kebanyakkan daripada mahasiswa di china mengambil hutang dari kredit HC China.
Tempoh pinjaman yang boleh diambil antara 9, 12 dan 15 bulan. Peminjam mestilah mahasiswa atau pelajar dengan menyertakan pas pelajar atau sepertinya. Pinjaman yang diberi dari 540 yuan (RM268) hingga 10,000 yuan (RM4,972).
Baca Selanjutnya..
Cara Semakan Keputusan Peperiksaan SPM Online dan SMS 2012 | Cara senang memeriksa Keputusan SPM bagi tahun 2012.
Keputusan peperiksaan SPM telah diumumkan secara rasminya hari ini 21.3.2013 pada jam 10.00 pagi tadi, pasti pelajar-pelajar yang menduduki spm tahun 2012 berdebar-debar memeriksa keputusan mereka.
Cara mudah menyemak keputusan SPM tahun 2012 melalui online dan SMS.
Semakan Keputusan Peperiksaan SPM Secara Online
# Anda boleh menyemak keputusan anda di laman web Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah. Isi maklumat dengan lengkap dan betul.
Semakan Keputusan SPM melalui SMS
# Anda juga boleh mengetahui keputusan peperiksaan SPM dengan menghantar mesej, taip SPM <No kp> <No Giliran> dan hantar ke 15888.
Contoh: SPM 961225124342 CCA0987654321 hantar ke 15888
P/S: Diharap keputusan anda semua lulus cemerlang terbilang, bagi yang mendapat keputusan kurang baik atau gagal jangan putus asa. Usaha Tangga Kejayaan, bila kita putus asa disitulah tandanya kita gagal. Ikhlas dari Blogaul.com
Baca Selanjutnya..
Pendidikan Negara Paling Maju Di Dunia | Sebuah Negara mencapai kemajuan yang paling pesat dalam pendidikan di Dunia, meninggalkan jauh kebelakang Negara-negara lain.
Negara yang dimaksudkan adalah negara Finland, Mereka mempunyai sistem Pendidikan yang efektif sehingga mendapat kelulusan yang tinggi sebanyak 93%.
Tahap kelulusan membanggakan iaitu dua daripada tiga orang lepasan sekolah tinggi akan pergi ke Kolej.
Sebuah program test PISA untuk merekod tahap pendidikan diantara negara-negara dunia, Finland menduduki tangga teratas.
Apa yang mengejutkan adalah tiada kerja rumah di negara itu.
so apa rahsia mereka sehingga mampu mencapai kelulusan tertinggi bagi setiap pelajarnya?
Kelebihannya adalah jumlah Guru yang mengajar, Kita bandingkan jumlah Guru di New york city dengan finland.
NYC - Mempunyai pelajar hampir 1 juta, purata guru mengajar 1 balas 24 pelajar.
Finland - Menpunyai cuma seramai 600,000 pelajar dan nisbahnya adalah 1 guru mengajar 12 pelajar
Mereka hanya mempunyai satu kali Peperiksaan sebenar sahaja berbanding dengan malaysia yang mempunyai 3 kali UPSR, SPM, STPM. Mereka mengambil Peperiksaan ini apabila mencapai umur 16 tahun.
Kanak-kanak mereka juga mempunyai masa yang lebih untuk meluangkan masa seperti kanak-kanak yang lain. Ini kerana mereka tiada kerja rumah sehingga mencapai belasan tahun.
Paling penting Guru mereka sangat dihormati, kelayakkan menjadi Guru juga memerlukan tahap tertinggi Master Degree. Hanya 10% lepasan graduasi teratas sahaja yang diterima dalam program perguruan.
Baca Selanjutnya..
Jika hendak mengajar budak umur bawah 2 tahun Berenang, tekniknya berlainan daripada kebiasaan untuk keselamatan anak anda. Sebelum memulakan teknik ini, mula-mula anda perlu tahu perkara-perkara sebelum memasuki kolam air.
Selepas anda membaca, anda sudah bersedia belajar 9 perkara senaman untuk mengajar anak anda macam mana mahu jaga berenang di dalam air.
1. Tendangan
Mulakan dengan memegang di dada dan meniarapkan anak anda di atas air kemudian perlahan-lahan berjalan kebelakang sehingga ia merasa pergerakan dalam air. Sambil itu bimbing kakinya menendang didalam air sehingga mereka merasa selesa dengan pergerakan itu. Pastikan anda mengajar mereka menendang didalam air seperti sedang berenang dengan betul.
2. Mencelup
Ini perkara penting pada anak anda dalam pelajaran bagaimana untuk berenang. Pegang belakang dan satu lagi tangan pegang dadanya. Kira dari tiga sampai satu dan tiup pada mukanya dan dengan cepat celup mukanya didalam air. Mesti meniup mukanya berterusan sehingga mukanya benar-benar didalam air. Jangan terlalu lama didalam air, hanya sekejap je. Setelah selesai peluk anak anda sebelum meneruskannya semula.
Perhatikan tindak balas anak anda, mereka mungkin akan batuk sedikit tapi itu bukan masalah besar. Bayi akan mengambil pada tahap keyakinan anda supaya jangan panik, ingat bahawa anda sentiasa dalam kawalan.
3. Biarkan Terapung
Pastikan anda sentiasa disisi mereka ketika melakukan teknik ini. Mula melepaskan mereka dengan mendorong mereka berenang untuk menyedari mereka yang ia boleh terapung. Jika mukanya termasuk air, biarkan sesaat dan angkat ia kembali.
4. Mencelup lebih lama
Seperti cara kedua, pegang di belakang dan dadanya sambil itu meniup mukanya serta-merta mencelup di dalam air. Kali ini biarkan ia lebih lama sedikit daripada yang lepas. Ini sangat membantu untuk anak anda kawalan pernafasannya.
5. Terapung dan pusing
Mulakan dengan ia dihadapan anda (bukan sisi), pegang setiap lengan anak anda. Undur beberapa langkah sambil itu memusingkannya perlahan-lahan membelakangkan anda. Lepaskan memegang tangannya tapi pegang pula kepalanya dengan lembut, sentuh sedikit sahaja menggunakan tangan yang lagi satu untuk mengawal pergerakkannya kerana anak anda mungkin terkapai-kapai atau bergoyang-goyang. Kekalkan posisi anda dan anak anda, ini bagi menyedarkannya bahawa ia boleh terapung dalam air.
6. Posisi Terapung
Sokong kepala anak anda di bahu dan perlahan-lahan rendahkan badan anda ke dalam air sehingga badan mereka terapung, dengan lembut alihkan bahu anda dari kepalanya jika benar-benar ia boleh terapung. Selepas itu, sokong kembali kepalanya dengan bahu dan menarik perlahan ke belakang.
7. Celup dan angkat
Mulakan dengan mencelup mereka berhadapan dengan anda. Celup dan angkat selepas itu menariknya kebelakang seperti cara sebelum ini.
8. Duduk
Dudukkannya di pinggir kolam dan bermain-main sekejap dengan mereka, pegang kedua-dua tangannya dan menariknya ke dalam air tapi jangan bagi ia tenggelam hanya untuk merasakannya pergerakan ke hadapan. lakukan sekali lagi tapi kali ini biarkan mukanya basah sedikit.
9. Bermain
Dalam pelajaran berenang ini, anda juga harus bermain atau bergurau dengan mereka, Bermain dan bergurau membolehkan kanak-kanak mengambil apa yang mereka pelajari dalam pelajaran mereka dan meletakkan ia semua bersama-sama. Ia juga memberi keselesaan padanya di dalam air.
Laporan asal Teaching Children To Swim
Baca Selanjutnya..
Anda perlu tahu beberapa perkara sebelum mengajar Anak Anda Berenang. Ini bagi mengelakkan masalah-masalah yang tidak di ingini berlaku, Keselamatan anak haruslah diutamakan.
1. biasakan diri dengan CPR kanak-kanak. Lebih baik belajar dahulu cara-cara CPR yang betul dengan kursus CPR.
2. Pastikan anak anda berkeadaan sihat sebelum mengajarnya berenang.
3. Pastikan suhu air kolam berkeadaan sesuai, diantara 85-92 Darjah.
4. Sediakan pakaian kering dan tuala sebelum memulakan pelajaran.
5. Perlu sehelai baju di tangan untuk anak anda jika panas matahari melampau.
6. Beli pelindung matahari untuk anak anda jika belajar berenang dikawasan terbuka. Pakaikannya pelindung matahari 16 minit sebelum memasuki air. Apabila anda berehat atau bermain di luar seketika selepas belajar berenang, haruslah digunakan balik pelindung matahari itu kepada anak anda.
7. Beli ubat titisan telinga untuk mengelakkan jangkitan telinga anak anda.
8. Jangan memakaikan anak alat-alat apungan seperti pelampung, kepak kaki. Anak akan merasa keselamatan palsu dan lambat untuk memahami cara berenang dengan betul.
9. Pendekkan pelajaran berenang yang disyorkan 15-30 minit bagi kanak-kanak berusia 2-4 tahun dan 30-45 minit bagi kanak-kanak sekitar usia 5 tahun atau yang lebih tua.
10. Beri makan kepada anak sekurang-kurangnya 1 jam sebelum memasuki air, ini bagi menghalang anak dari kekejangan.
11. Akhir sekali, pastikan anak anda selesa menggunakan baju renangnya. Jika baju terlalu longgar atau tidak sesuai ini akan memberatkan lagi badannya jika berlaku kecemasan dan apabila ia ingin melompat keluar dari kolam.
Beritahu anak anda bahawa dia boleh berenang bila-bila masa tetapi pertama mestilah memakai baju renang.
Baca Selanjutnya..
Bila duit PTPTN saya masuk, semester sudah bermula ni? Apakah status pinjaman saya?
Ramai yang tertanya-tanya dan mula risau pinjaman bila nak dapat, semester baru dah bermula tapi masih tidak ada pinjaman. Nak bayar itu ini mestilah risaukan, mana nak cari duit. Pelajar Degree pula akan masuk minggu kedua isnin depan.
Nak ringkaskan PTPTN itu bermaksud Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional, Tabung ini khas untuk pelajar malaysia yang melanjutkan pelajaran bagi mengurangkan beban dan kos tanggungan kewangan pengajian.
Biasanya duit PTPTN masuk pada minggu pertama sejurus bermula pengajian di semua IPT, tetapi mungkin akan lambat sedikit disebabkan masalah-masalah yang tidak dapat dielakkan. Diharapm korang semua bersabar menunggu duit pinjaman masing-masing.
Jika duit PTPTN sudah masuk, uruslah kewangan korang dengan bijak bagi mengelak berlakunya pembaziran. Setelkan semua bayaran, beli keperluan yang penting terlebih dahulu. Pastikan korang simpan sedikit baki pinjaman itu untuk masa-masa hadapan, mana tahu nanti ada kecemasan perlukan duit.
Diharap belajarlah bersungguh-sungguh untuk diri sendiri dan negara, lepas tamat pengajian korang kena bayar balik pinjaman PTPTN. Rugilah kalau tidak belajar betul-betul sekaligus menjejaskan korang mendapat kerja yang menjamin masa depan.
Sudah pinjam kenalah bayar balik, Korang boleh buat semakan pinjaman PTPTN secara online atau melalui talian SMS.
Baca Selanjutnya..
Bagi yang sudah meminjam pinjaman dari PTPTN, anda boleh membuat semakan secara online, ataupun cara semakan melalui Talian dengan hanya menghantar SMS.
Pelajar yang baru mula mendaftar untuk pinjaman PTPTN, mesti tengah tertanya-tanya macam mana mahu semak status pinjaman online? Atau yang telah lama menamatkan pengajian sudah berkerja dan sedang membayar hutang pinjaman balik, anda juga boleh menyemak baki pinjaman secara online.
Cara Menyemak PTPTN melalui Online
Jika belum mendaftar, anda perlu daftar terlebih dahulu di laman web PTPTN Online.
http://www.ptptn.gov.my/gateway/
Cara Semakan melalui SMS
Semak status PTPTN dengan menghantar SMS, Taip PTPTN (No Pin) <jarak> (No KP) hantar ke 33199. Caj dikenakan 50sen setiap SMS, Perkhidmatan ini berfungsi 24jam setiap hari.
Anda juga ingin mengetahui bila duit PTPTN masuk?
Baca Selanjutnya..