Cara submit sitemap blog di webmaster google



sitemap blog
Penting sangat ke nak submit Sitemap di webmaster google? Jika anda nak trafik blog meningkat dan buat blog "search engine friendly", cara ini adalah perlu. Buat sitemap page di blog selepas itu submit di webmaster tools. Ia membantu carian google untuk mencari dan mengindex semua entri yang terdapat di blog anda yang tersenarai di sitemap. Jika korang perasan kebanyakkan blog ada Sitemap tidak kira page mahupun widget. Selain membuat blog lebih kepada SEO, menulis Entri mesra SEO. Sitemap juga perlu diambil perhatian.

Apa sitemap ni?

Sitemap secara asasnya memberi Carian Google aktiviti terbaru dengan cepat tanpa sebarang perkara yang boleh membuatkan "Crawl Errors" ( perkara yang ditakuti admin blog ). Dalam erti kata lain, ia menyediakan maklumat terperinci mengenai blog anda yang diperlukan Carian Google, menyenangkan kerja carian google bermakna markah bonus untuk blog anda lebih friendly. Walaupun Sitemap digunakan untuk meningkatkan proses index sesebuah laman web, ia juga berguna untuk menyediakan dan memudahkan pengunjung mencari entri yang diperlukan.

Ikuti langkah-langkah dibawah ini:

1. Pertama pergi ke laman Webmaster Tools dan login. Anda perlu daftarkan blog di Webmaster terlebih dahulu.

2. Klik pada url blog anda lepas itu lihat sebelah kiri da klik Optimization> Sitemap.

sitemap webmaster

3. klik ADD/TEST SITEMAP masukkan sitemap anda dan submit.
atom.xml?redirect=false&start-index=1&max-results=500

add sitemap
ok selesai. sekarang hanya perlu menunggu Google mengindex semuanya.



1 comment:

  1. Marketing jobs in Singapore - Monster Singapore is one of leading job portal provides the latest marketing jobs information.

    ReplyDelete

 
Return to top of page Copyright © 2010 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by HackTutors