Cara Mendaftar Blog Anda Di Webmaster Google



Perkara yang mesti blogger perlu buat adalah mendaftar di Webmaster google, yahoo dan Bing. Tetapi hari ini saya nak fokuskan cara buat Webmaster Tools Google, jadi Yahoo dan Bing tolak ke tepi dulu.
Apa kebaikan mendaftar di webmaster tools google?
Dengan menggunakan Tools ini, bermacam-macam tools kita boleh jumpa untuk kebaikan blog kita yang pasti ia milik Google. kesihatan blog, kajian keyword, sitemap, dan banyak lagi tools yang sememangnya sangat berguna kepada blog yang mementingkan SEO. Mahu mempercepatkan google mengindex blog anda supaya blog lebih Friendly Search Engine, Submit Sitemap blog di Webmaster bagi memudahkan Crawl mengindex sesebuah blog lebih teratur dan cepat. ini lagi satu kebaikan menggunakan tools ini. Sebelum submit sitemap, anda mesti mendaftarkan blog anda.

Ikuti langkah di bawah untuk mendaftar blog di webmaster google.

1. Pergi ke laman web Webmaster Tools Google, klik sign in.

webmaster daftar

2. Klik Add a site, letak URL blog anda dan klik continue.

add a site
add url webmaster google


3. Setelah itu, akan keluar verify owner macam gambar di bawah ini. klik "Alternate methods" dan tag "HTML tag", jangan klik verify dulu.
verify

 Copy kod di atas itu letak di template blog anda dibawah <head> dan Save template.
Contoh:
meta tag

4. Setelah selesai barulah klik verify. ok anda sudah berjaya Add blog anda di Webmaster Tools Google.


1 comment:

  1. Tq atas perkongsian info...
    Salam perkenalan drpd : suteraungu87.blogspot.com

    ReplyDelete

 
Return to top of page Copyright © 2010 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by HackTutors