Apa Cerita Kisah Ks. Bawani Dan Sharifah Zohra Jabeen



Bawani Dan Sharifah Zohra Jabeen, listen, listen,

Salam dan apa khabar kepada pembaca semua.

Berada saya disini untuk menulis secara meluas dan tidak memihak kepada mana-mana parti politik mengenai kesah Ks Bawani dan Sharifah Zohra Jabeen yang tengah hangat diperkatakan sekarang ini. Apa sebenarnya yang berlaku dalam kes Ks Bawani dan Sharifah Zohra Jabeen sehingggakan tajuk "Listen, Listen, Listen / Let Me Speak, Let Me Speak" sentiasa muncul di fb, twitter, forum malah laman sosial lain.

Kejadian ini berlaku dalam satu program forum Universiti Utara Malaysia (UUM) bertajuk "Seiringkah mahasiswa dan siswi dengan Politik" yang dihadiri 2,000 pelajar.
Suasana dewan berubah apabila Ks Bawani melontarkan pandangannya yang lebih menjurus kepada politik, dengan lantangnya ks Bawani memberi hujah selama beberapa minit sehingga Speaker Sharifah Zohra Jabeen telah mendekatinya dan menarik mikrofon Ks Bawani serta berkata 'Listen, Listen, Listen' kepadanya, pelajar lain cuba menyampuk tapi dibalas pula "Let Me Speak, Let Me Speak". Suasana jadi lebih hangat apabila Speaker Sharifah pula memberikan hujahnya dengan mengenai statement Ks Bawani,

Saya nampak Sharifah membuat pendekatan yang baik menghentikan hujah Ks Bawani yang telah lari sedikit dari tajuk sebenar forum itu, Ks Bawani sepatutnya menggunakan platform yang betul untuk membentangkan kenyataannya. Sharifah Zohra Jabeen juga membuat perkara bodo apabila dia membuat hujah yang mengaitkan masalah binatang kucing, anjing "buat apa duduk di malaysia" "mengapa belajar di UUM" adalah perkara tidak menunjukkan teladan yang baik kepada pelajar sebagai speaker yang berdedikasi.

Sharifah sepatutnya boleh membuat hujah yang lebih bernas untuk membidas hujahan Ks Bawani tetapi dia sendiri terikut-ikut dengan hujah-hujah yang dilontarkan oleh pelajar itu. Ia adalah perkara yang memalukan diri sendiri. Kedua-dua mempunyai kesalahan masing-masing tidak terarah kepada seorang sahaja, cuma Sharifah Zohra Jabeen lebih menunjukkan keangkuhan dan kuasa yang dia ada sebagai speaker kerana tidak adil menangani Ks Bawani supaya tidak bersuara. Kita perlu memberi pelajar Hak bersuara walaupun Ks Bawani dari pakatan pembangkang.

Sharifah Zohra Jabeen akan menjelaskan kenyataan mengenai kesah ini antaranya dengan pelajar undang-undang Universiti Utara Malaysia(UUM).

Timbalan Perdana Pengajian Tertinggi, Saifuddin Abdullah juga kurang selesa dengan kenyataan pelajar itu tetapi dia juga tidak setuju dengan kenyataan Speaker Sharifah Zohra Jabeen itu.
Saifuddin Abdullah bagi kenyataan Bawani Dan Sharifah Zohra



3 comments:

  1. ini lah masalah rakyat malaysia masa kini, semuanya nak tunjuk belang, zaman kami melawan pengkhianat di hutan, semua yang cakap besar entah belum lahir lagi. Malaysia bukan tempat untuk orang yang berperangai macam in, kita perlu lahir dalam zaman yang bercakap benar, ikhlas tidak condong atau macam lalang. Semua agama menuntut pengikutnya bercakap benar, mana dia 'Kesopanan Dan Kesusilan' kita dalam bercakap, bergaul dan memahami sesuatu isu. Kebebasan yang diberi jangan melampau. Dalam isu ini kedua-dua wanita tidak layak bergelat diri mereka wanita.

    ReplyDelete
  2. pelajar universiti wajar dhormati..mereka tentang kerana apa yang berlaku kerana ia bersalahan dengan ilmu..org yg x pnh msuk u jagn dok komen ok

    ReplyDelete

 
Return to top of page Copyright © 2010 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by HackTutors