Bawani Ks Pembangkang Sharifah Zohra Umno



Bawani Ks dan Sharifah Zohra

Cerita sambungan KISAH KS. BAWANI DAN SHARIFAH ZOHRA JABEEN yang tengah hangat masa kini. Pelbagai pendapat yang dilontarkan mengenai cerita ini, ada yang mengatakan Sharifah tidak bersikap bijak dalam mahu bertoleransi dengan pelajar itu, mahupun yang mempersalahkan Ks Bawani yang dikatakan membentang hujah-hujahnya di platform yang salah. Apa pun yang dikatakan, seharusnya Sharifah Zohra sebagai speaker pada hari itu bersifat terbuka dalam mendengari dahulu hujahan dari pelajar walaupun berbeza Parti.

Siapa Ks Bawani dan siapa Sharifah Zohra Jabeen?

Bawani ks adalah seorang pelajar undang-undang tahun dua di UUM yang memulakan topik hangat ini apabila dia berhujah mempertikaikan Sharifah Zohra Jabeen mengenai perhimpunan Bersih dan pendidikan percuma. Belum pun Bawani menghabiskan hujahnya, Sharifah Zohra Jabeen telah datang dan menarik mikrofon beliau untuk hentikan hujahannya ada satu tindakan yang kurang bijak hanya kerana berbeza pendapat dengan beliau. Bawani Ks digelarkan sebagai "Ambiga Kecil".
Bawani Ks adalah dari pakatan pembangkang yang aktif mengikuti aktiviti Pakatan Rakyat.
lihat gambar-gambar ini:


bawani ks lynas

bawani ks fb

lynas bersih bawani



"listen, Listen, Listen" fenomena yang dicetuskan oleh presiden organisasi Suara Wanita 1Malaysia atau (SW1M) Sharifah Zohra Jabeen, dia menjadi penceramah di Universiti forum bertajuk "Seiringkan Mahasiswa dan Politik". Sharifah Zohra sangat lantang membidas kenyataan Bawani Ks sampaikan banyak pemimpin-peminpin Umno sendiri tidak bersetuju dengan dia menangani hal itu.
sharifah zohra jabeen

speaker sharifah zohra jabeen



Anda juga suka CERITA HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT (HKR #KL112)


3 comments:

 
Return to top of page Copyright © 2010 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by HackTutors