BACA!! Seorang Anggota Polis Bersyukur Ditetak Ditembak Tapi Selamat



Muhamad hasnal anggota polis terselamat di semporna

Kebenaran tentang kejadian serang hendap oleh Pengganas Sulu terhadap pasukan polis diceritakan sendiri oleh salah satu anggota polis yang berada disana. Dia sendiri telah ditembak serta ditetak beberapa kali oleh Pengganas itu dalam serangan hendap pada pukul 7.30 malam di kampung Seri Jaya, Simunul, Semporna.

Saya sangat terkejut dengan keberanian Pengganas itu sempat lagi menetak salah satu anggota polis dalam tembak menembak yang berlaku. Keadaan kampung atas air itu juga punca pengganas sulu mudah bersembunyi lalu membuat serang hendap, orang tempatan memanggil kampung itu kampung samseng kerana tempat itulah penjenayah, pengedar dadah serta transit penyeludupan rokok dan barang terlarang yang dibawah oleh orang Filipina dari negara mereka. Sehinggakan kampung itu digelar Filipina Mini.

kampung seri jaya simunul semporna sabah

Berbalik dengan cerita seorang anggota polis itu, dia menceritakan kesah pahit yang terpaksa ditempuhinya sepanjang kejadian serang hendap itu sehingga diselamatkan keesokan harinya.

Mohamad Hasnal yang berumur 31 tahun berkata, dia ditembak sebanyak tiga kali mengenai lengan dan perutnya. ketika dia rebah Lalu dia didatangi seorang Pengganas dengan membawa parang Sulu menetak kepalanya sebanyak tiga kali, tersentak dengan itu dia mempertahankan dirinya dengan menahan menggunakan tangan sehingga hampir memutuskan tangannya. Mujur tetakkan itu tidak mengenai lehernya jika tidak leher saya akan putus, berkata.

Dalam keadaan parah dia sempat meloloskan diri lalu melarikan diri kedalam sebuah rumah kecil, dirumah itulah tempatnya bersama-sama sembilan orang rakan polisnya yang berlindung serta seorang mayat kawannya yang terkorban.

Mereka berlindung didalam rumah itu sementara menunggu bantuan untuk mengambil mereka. Dia menceritakan susah payah mereka ketika itu, sepanjang malam mereka sentiasa berjaga-jaga menjenguk keluar untuk memerhati Pengganas yang mungkin membuat serang hendap kedua.

Pada pagi esoknya bahang matahari yang terlalu panas terasa sangat kerana atap rumah itu yang terlalu rendah sehinggakan mengeringkan lukanya yang mengalirkan darah dengan banyak sehingga diusung oleh lalat. Mereka hanya meminum air tadahan hujan, betapa seksanya ketika itu hanya bertemankan Doa sahaja yang dapat menaikkan semangat mereka.

Masa terasa sangat panjang menunggu ketibaan anggota keselamatan, akhirnya mereka diselamatkan oleh pasukan penyelamat keesokkan harinya pada pukul 5.30 petang lalu diterbangkan ke hospital Tawau.

Dalam serangan hendap itu enam anggota polis terbunuh manakala yang lain cedera. Mohamad Hasnal berkata sedia untuk berkerja semula sebagai polis untuk mempertahankan Kedaulatan Negara yang tercinta, tiada yang dapat melunturkan semangatnya berjuang. Dia juga Bersyukur kepada ALLAH kerana memanjangkan hayatnya.


Responses

0 Respones to "BACA!! Seorang Anggota Polis Bersyukur Ditetak Ditembak Tapi Selamat"

Post a Comment

 
Return to top of page Copyright © 2010 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by HackTutors