Bila Tarikh Duit PTPTN Masuk?



PTPTN pinjaman

Bila duit PTPTN saya masuk, semester sudah bermula ni? Apakah status pinjaman saya?
Ramai yang tertanya-tanya dan mula risau pinjaman bila nak dapat, semester baru dah bermula tapi masih tidak ada pinjaman. Nak bayar itu ini mestilah risaukan, mana nak cari duit. Pelajar Degree pula akan masuk minggu kedua isnin depan.

Nak ringkaskan PTPTN itu bermaksud Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional, Tabung ini khas untuk pelajar malaysia yang melanjutkan pelajaran bagi mengurangkan beban dan kos tanggungan kewangan pengajian.

Biasanya duit PTPTN masuk pada minggu pertama sejurus bermula pengajian di semua IPT, tetapi mungkin akan lambat sedikit disebabkan masalah-masalah yang tidak dapat dielakkan. Diharapm korang semua bersabar menunggu duit pinjaman masing-masing.

Jika duit PTPTN sudah masuk, uruslah kewangan korang dengan bijak bagi mengelak berlakunya pembaziran. Setelkan semua bayaran, beli keperluan yang penting terlebih dahulu. Pastikan korang simpan sedikit baki pinjaman itu untuk masa-masa hadapan, mana tahu nanti ada kecemasan perlukan duit.

Diharap belajarlah bersungguh-sungguh untuk diri sendiri dan negara, lepas tamat pengajian korang kena bayar balik pinjaman PTPTN. Rugilah kalau tidak belajar betul-betul sekaligus menjejaskan korang mendapat kerja yang menjamin masa depan.

Sudah pinjam kenalah bayar balik, Korang boleh buat semakan pinjaman PTPTN secara online atau melalui talian SMS.


Responses

0 Respones to "Bila Tarikh Duit PTPTN Masuk?"

Post a Comment

 
Return to top of page Copyright © 2010 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by HackTutors