"Saya sangat suka Batman dari kecil sehingga besar dan niat saya datang ke sini adalah untuk membeli kereta itu. Sangat puas, saya dapat membeli kereta itu. Ini ialah impian saya menjadi kenyataan"
Batmobile adalah berdasarkan Lincoln Futura 1955, konsep sebuah kereta yang dibina di Itali oleh Ford Motor Co.
Di samping harga $ 4.2 juta yang ditawarkan, pembeli juga perlu membayar bayaran tambahan $ 420,000 premium.
Pemilik asal kereta itu adalah milik George Barris, 87. Pada tahun 1965, dia telah memilikinya dan hanya memerlukan 15 hari mengubah kereta itu untuk pertunjukkan. Dia menghabiskan duitnya kira-kira $15,000.
"Dengan setiap bang, bung, boom, saya mahu kereta itu melakukan sesuatu seperti seorang Pelakon," kata Barris.
Barris memberitahu Reuters selama ini dia membekalkan kenderaan untuk rancangan televisyen dan filem, tetapi kenderaan ini sangat berbeza daripada yang lain. Kereta itu mempunyai enjin V8 dan instrumen dalam stereng, ditambah lagi gadget seperti Push Button transmisi.
Laporan asal: Original Batmobile from TV series sells for $4.2M Labels: Automotif
Responses
0 Respones to "Kereta Batman TV siri Terjual $ 4.2 juta"
Post a Comment