Amalan Petua Atasi Kulit Berkedut



lobak merah jus
Amalan Petua orang tua dulu-dulu masih lagi diamalkan sehingga kini kerana terbukti ianya berkesan. Petua dulu-dulu sangat mesra alam kerana ianya bahan semulajadi tidak mengandungi bahan-bahan kimia seperti ubat produk kecantikkan sekarang yang memberi kesan negatif kepada kita dalam jangkamasa panjang.  Disebabkan umur semakin tua, ketuaan akan menyebabkan kulit cepat berkedut terutama dibahagian mata dan tidak lagi berseri seperti dulu. Bagi mengawal atau melambatkannya, mungkin boleh mencuba petua ini.

Ini Petua cara nak atasi kulit berkedut

Mula-mula ambil lobak merah dan membersihkannya sehingga bersih, selepas itu parut lobak itu. Ambil sebutir kuning telur dan satu sudu tepung jagung, campurkan serta kacau bahan-bahan itu tadi sehingga sebati. Kemudian bolehlah dilumurkan ke semua bahagian muka lakukan pada waktu petang dan biarkan seketika, apabila hendak masuk tidur bilas dengan air suam. Teruskan mengamalkanya sekali setiap hari sehingga mendapat hasilnya.


Responses

0 Respones to "Amalan Petua Atasi Kulit Berkedut"

Post a Comment

 
Return to top of page Copyright © 2010 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by HackTutors