Blogaul | Fail Blog!: Petua

Petua Merawat Jerawat muka



Jerawat terhasil apabila pori-pori kulit muka yang tersumbat maka terjadinya radang bernanah, kulit lebih sensitif dan berlaku benjolan jerawat merah. Benjolan lebih besar dan akan bertambah banyak apabila ia semakin parah.

Banyak ubat-ubatan jerawat moden berada di dalam pasaran tapi keburukkannya jika ubat itu tidak sesuai dengan kulit anda, bukan hanya jerawat tidak hilang malah ianya bertambah teruk.

Jika anda mencari ubat Tradisional untuk jerawat muka, anda ditempat yang betul.


betik

Betik cukup masak adalah alternatif utama untuk mengubat jerawat. Potong kecil-kecil dan di lumatkan sehingga hancur lalu dijadikan masker muka. Ia akan membasmi jerawat muka.

limau nipis

Air limau nipis diperah dekat muka pada malam sebelum tidur dan membersihkan sebelah pagi selepas bangun tido.


daun sirih

Daun Sirih mujarab bagi membunuh bakteria yang menyebabkan jerawat. Rebus air rebusan daun sirih beberapa helai, lalu mencuci muka menggunakan air rebusan itu dalam keadaan suam-suam kuku.


tomato

Tomato juga boleh dijadikan ubat untuk masalah jerawat. Potong 2 bahagian selepas itu mengosok buah itu di muka yang penuh jerawat. Nescaya muka anda akan tampak berseri-seri.


jambu batu
Ambil beberapa daun jambu batu, tumbukkan sehingga lumat lalu disapukan pada muka dan biarkan selamat beberapa minit. Sama seperti penggunaan masker muka.









P/S: Kelebihan ubat tradisional adalah ia bahan semulajadi tanpa pengawet dan bahan kimia.
Baca Selanjutnya..


Amalan Petua Atasi Kulit Berkedut



lobak merah jus
Amalan Petua orang tua dulu-dulu masih lagi diamalkan sehingga kini kerana terbukti ianya berkesan. Petua dulu-dulu sangat mesra alam kerana ianya bahan semulajadi tidak mengandungi bahan-bahan kimia seperti ubat produk kecantikkan sekarang yang memberi kesan negatif kepada kita dalam jangkamasa panjang.  Disebabkan umur semakin tua, ketuaan akan menyebabkan kulit cepat berkedut terutama dibahagian mata dan tidak lagi berseri seperti dulu. Bagi mengawal atau melambatkannya, mungkin boleh mencuba petua ini.

Ini Petua cara nak atasi kulit berkedut

Mula-mula ambil lobak merah dan membersihkannya sehingga bersih, selepas itu parut lobak itu. Ambil sebutir kuning telur dan satu sudu tepung jagung, campurkan serta kacau bahan-bahan itu tadi sehingga sebati. Kemudian bolehlah dilumurkan ke semua bahagian muka lakukan pada waktu petang dan biarkan seketika, apabila hendak masuk tidur bilas dengan air suam. Teruskan mengamalkanya sekali setiap hari sehingga mendapat hasilnya.
Baca Selanjutnya..


 
Return to top of page Copyright © 2010 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by HackTutors