Senarai Tanda-Tanda Anda Terkena Sihir




Amalan Sihir
Tanda-Tanda Anda Terkena Sihir | Ilmu Sihir adalah perbuatan kurafat yang ditegah oleh Agama Islam, Kerana perbuatan sihir ini untuk menganiaya manusia lain dengan meminta bantuan syaitan. Berdosa besar jika kita berkawan dengan jin-jin, makluk halus dan syaitan apatah lagi meminta bantuan mereka untuk menghancurkan umat manusia lain.

Daripada perkongsian Ustaz Shahul menerangkan beberapa tanda kita telah terkena sihir.

1. Peragai mula berubah seperti tingkah laku yang pelik.

2. Terkena penyakit misteri kerana tiada ubat atau sukar berubat.

3. Panas baran atau mudah marah.

4. selalu merasa gementar hati tidak tentu pasal.

5. badan menggeletar seperti kesejukkan.

6. Tanggungjawab keluarga dan kerja diabaikan begitu juga dengan diri sendiri langsung tidak terurus.

7. Sakit kepala yang amat sangat, apabila dibaca Ruqyah bertambah lagi sakit kepala.

8. Rasa pening-pening serta kerap muntah.

9. Kekerapan menguap walaupun baru bangun tidur.

10. Sakit-sakit badan disekitar badan dan bahagian tepi.

11. Dada sebak tiba-tiba, mungkin juga kerana sebab lain terutama perempuan kerana perempuan memang sensitif sikit.

12. Semua kerja malas buat, tidak tahu mahu buat apa.

13. tiada ribut tiada hujan tiba2 menangis sorang-sorang tanpa sebab. (kalau gila tidak apa)

14. Muka pucat lesu macam hantu

15. Badan lemah gemalai, letih serta tidak bermaya.

16. Kurang selera makan, makin kurus.

17. Keseluruhan badan panas, pegang mana-mana pun tetap panas.

Seharusnya anda perlulah berjumpa dengan Doktor jika menghadapi tanda-tanda ini, mungkin juga tanda-tanda ini disebabkan penyakit lain. Jika doktor tidak dapat mengesan atau tidak tahu penyakit anda barulah anda mendapat nasihat dari Ustaz-Ustaz yang betul. Jangan pula berjumpa dengan Bomoh!! Wassalam


1 comment:

 
Return to top of page Copyright © 2010 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by HackTutors