Najib : Penceroboh Lahad Datu Mulakan Serangan



PENCEROBOHAN LAWAN TENTERA POLIS LAHAD DATU

Berikut kejadian tembak menembak berlaku antara pasukan polis dan penceroboh pada petang tadi. Datuk Seri Najib Razak berkata bahawa pihak penceroboh telah dikesan bergerak dari tempat mereka bersembunyi sejauh 1.5 kilometer dan bertembung dengan pasukan komando polis yang mengepung tempat itu.

Mereka (penceroboh) yang memulakan tembakan ke arah kereta polis lalu dibalas oleh pasukan polis yang berakhir dengan beberapa orang mati.

Berikut kematian 3 orang komando polis kita, Pasukan tentera dan polis telah diberi kuasa sepenuhnya untuk menangani masalah yang telah berlanjutan selama 3 minggu ini.

Mereka (polis dan tentera) boleh mengambil tindakan sewajarkan memandangkan mereka telah diberi kuasa sepenuhnya. Malaysia tidak akan berkompromi lagi dengan penceroboh itu, sama ada ingin menyerah diri atau menerima tindakan tegas dari pasukan polis dan tentera.

Penceroboh itu mesti di tumpaskan untuk mengembalikan ketenteraman awam di negara ini, mereka telah diberi tempoh untuk balik semula ke negara mereka tapi mereka memilih untuk bertahan dan tidak akan balik semula ke negara mereka.

Hasil dari perbualan saya bersama kawan di lahad datu, kawasan bandar lahad datu lenggang kerana banyak kedai tutup, manakala kawasan bandar lain berkeadaan seperti biasa.

Baru Pasukan polis, belum tentera masuk campur lagi. Kalau tentera yang berkuasa sepenuhnya tidak tahulah apa jadi tempat tu. Tentera hanya jadi pengawal dan mengepung tempat itu, Pasukan polis yang bertindak.


Adik Sultan Jamalul Kiram III yang mengetuai pencerobohan di lahad datu itu mengambil keputusan untuk bertahan di kampung Tanduo, mereka bercakap bahawa tanah itu tanah mereka dan tidak akan berundur dari situ.

Sejak bila pula mereka ada tanah disitu, dan siapa Sultan Jamalul Kiram ni? betul ke dia itu Sultan Jamalul Kiram ke III seperti yang diberitahu mereka? Kenapa filipina sendiri tidak menolong mereka? cerita ini akan saya bongkarkan lagi, saya akan mengumpul cerita sebenar status mereka dari kawan-kawan sabah dan filipina yang berada di lahad datu.


1 comment:

  1. dasyatlah diorang ni. semoga mereka yg baik semua selamat.

    ReplyDelete

 
Return to top of page Copyright © 2010 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by HackTutors