PAPAGOMO Seorang Bekas Anggota Polis (Bukan Pengundi HAntu)




blog papagomo

Terdahulu blog Papagomo menyebarkan beberapa keping gambar dua lelaki bermesra yang dikatakan mirip Anwar, Selepas itu anwar menyaman penulis blog papagomo 100 juta. Tapi Anwar telah menarik balik samannya keatas Papagomo.

Penulis ini dahulunya seorang bekas Anggota polis dan kini bergiat aktif dalam penulisan blog yang dikenali sebagai Papagomo.

Kontroversi melandanya apabila dia dicap sebagai pengundi hantu, walaupun telah lama dibuang kerja tapi namanya masih lagi diletakkan sebagai pengundi pos.

Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli mendakwa bahawa Wan Muhammad memegang kad pengenalan polis dan kad pengenalan biasa. Apabila nombor kad pengenalannya dimasukkan kedalam sistem SPR, menunjukkan dia mengundi di dua kawasan.

PDRM menjelaskan bekas Anggota Polis Wan Muhammad Azri Wan Deris telah dipecat sejak Sept 2012 lagi, Dia dahulu pernah dakwa dimahkamah atas kesalahan Jenayah pada 31 0kt 2005. Namun pada 6 sept 2012 barulah dia disabitkan kesalahan dan dijatuhkan hukuman.

Lalu PDRM mengenakan tatatertib keatasnya dan memecatnya dari anggota polis serta merta berkuat kuasa 6 sept 2012.

Datuk Mortadza berkata, anggota polis itu tidak lagi tersenarai sebagai pengundi pos sejak ia dipecat dan rekodnya telah dipadam.


Responses

0 Respones to "PAPAGOMO Seorang Bekas Anggota Polis (Bukan Pengundi HAntu)"

Post a Comment

 
Return to top of page Copyright © 2010 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by HackTutors