Lahad Datu: Rumah Penduduk Kampung Tanjung Batu Musnah Teruk




rumah kampung tanjung batu musnah terbakar
Penduduk kampung Tanjung Batu seramai 30 orang telah pertama kali menjejakkan kaki ke perkampungan mereka Selepas disahkan kampung itu selamat.

Penduduk yang memeriksa kawasan itu diselubungi kesedihan selepas melihat rumah mereka musnah teruk. Hasil titik peluh berpuluh-puluh tahun membina kehidupan dikampung itu, akhirnya musnah dalam sekelip mata. Kawasan itu bagaikan "padang jarak padang tekukur".

Mereka bagaikan tidak percaya kampung mereka akan menjadi medan peperangan antara Pengganas Sulu dengan Pasukan Keselamatan malaysia kerana selama ini kampung mereka hidup aman damai.

seorang Penduduk melahirkan rasa sangat marah dan sedih selepas melihat dua buah rumahnya musnah.

“Kalau tanya soal perasaan, memang saya rasa sangat marah. Dua buah rumah saya hancur dan dibakar.

“Dua buah kereta dan kebun saya juga rosak. Saya terpaksa menanggung kerugian lebih RM50,000,” katanya.

Peluru bertaburan diserata kawasan kampung itu sementara mereka menemui beberapa pisau dan parang kecil yang dipercayai milik Pengganas, Ada juga kesan darah Pengganas melekat di beberapa rumah milik penduduk.


Responses

0 Respones to "Lahad Datu: Rumah Penduduk Kampung Tanjung Batu Musnah Teruk"

Post a Comment

 
Return to top of page Copyright © 2010 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by HackTutors