Lahad Datu: Ketua Polis Mengamuk Di Sesi Media



Tan Sri Ismail Marah

Ketua polis Negara malaysia hari ini berang apabila ditanya soalan, Tan Sri Ismail Omar biasanya bersikap tenang dalam sesi wawancara media tapi hari ini dia kelihatan lain daripada hari biasa.

Apabila dia diajukan soalan tentang dakwaan bahawa anggota polis membuat operasi merampas dan merosakkan kad pegenalan yang dimiliki oleh suku kaum suluk, Ketua polis itu menjawab dengan nada marah dan tinggi.

"Saya tak akan layan cakap-cakap mengarut... Saya tiada masa untuk dakwaan liar - sama ada mereka main politik atau tidak.

"Kalau kamu tuduh macam itu, bawalah bukti pada saya," katanya kepada pemberita semasa sesi wawancara khas media di Bukit Aman hari ini. malaysiakini

Wartawan semakin rancak menanya isu itu lalu dia pun hilang sabar sehingga menghentak meja menyebabkan wartawan semua berdiam seketika.

Bagi saya memang wajar pun polis menjalankan operasi menghampuskan IC warga asing yang mereka dapat dalam projek IC mahatdir, namun dia mesti bersikap profesional dalam menangani emosi kerana dia adalah ketua tertinggi polis.

Walaubagaimanapun wartawan juga salah kerana terus mengajukan soalan yang terus mendesak beliau marah, mungkin dia stress memikirkan operasi Daulat yang sedang berlangsung sekarang.


Terkini: Buntu selepas SPM, ini ada cara untuk selesaikannya


1 comment:

  1. setuju dengan bro, ketua polis pun manusia, pula dengan masalah besar macam ni, diajukan pula soalan2 yg panas tanpa bukti yg kukuh.

    ReplyDelete

 
Return to top of page Copyright © 2010 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by HackTutors