Kejam!! Sekali Lagi Tembakan Rambang Di Sekolah, Ramai Terbunuh




tembakan rambang disekolah

Amerika Syarikat: Sekali lagi berlaku kejadian lelaki bersenjata melepaskan tembakan di sekolah, kali ni sebanyak 20 kanak-kanak serta enam kakitangan terbunuh selepas terkena tembakan rambang itu.

Sebelum ini pernah juga berlaku kejadian tembakan rambang di sekolah, Pembunuhan itu adalah yang terburuk dalam sejarah Amerika dan kali ini adalah pembunuhan kedua terburuk membabitkan pelajar sekolah.

Dilaporkan, lelaki bersenjata (LANZA, 20 tahun) telah membunuh ibunya sendiri dengan menembak menggunakan senjata lalu Lanza memandu ke sekolah dengan membawa senjata berat AR-15 dan dua pistol.

Tanpa berfikir, Lanza terus melepaskan tembakan rambang ke arah pelajar sekolah dan guru-guru yang berada depannya. Selepas berpuas hati membunuh 20 kanak-kanak dan 6 kakitangan, dia pun membunuh diri dengan menembak diri sendiri.

Dipercayai senjata itu melepaskan tembakan 154 peluru dalam masa lima minit, mungkin sebab itu ramai orang yang terbunuh dalam sekelip mata. Ada mayat yang diperiksa mendapati ditembak beberapa kali sebelum mati.


Responses

0 Respones to "Kejam!! Sekali Lagi Tembakan Rambang Di Sekolah, Ramai Terbunuh"

Post a Comment

 
Return to top of page Copyright © 2010 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by HackTutors