Baca! 4 Fakta Mengenai Seks Wanita




pelukan manja

Hubungan seksual adalah penting untuk mengeratkan hubungan suami isteri tapi ramai yang tidak mahu atau malu mempelajari serba sedikit tentang seks. Pasangan berumah tangga haruslah mengetahui hal mengenai seks supaya tidak terpengaruh cerita yagn tidak benar tentang seks.

Disini saya kongsi beberapa fakta tentang seks, Laporan diambil dari The Beauty Bean.

Bercinta 103 kali setiap tahun

Ini berdasarkan kajian yang dijalankan diseluruh dunia, rata-rata wanita akan bercinta dan melakukan hubungan seks 103 kali dalam masa setahun. Brazil dan Yunani adalah negara mencatatkan bilangan tertinggi manakala Japan berada paling bawah.

P/s: Pelikkan sedangkan Japan terkenal dengan Seks.

Hubungan seks menyehatkan

Tahukah anda bahawa mengadakan hubungan seks adalah aktiviti yang menyehatkan kecuali seks bebas. ketika membuat hubungan seks, Sejenis Hormon oksitosin yang terkenal sebagai memberi perasaan bahagia akan dilepaskan dan juga akan mengalirkan Endorfin sebuah molekul Protien yang dilepaskan saat kita bersenam atau bersukan. Berita baik juga kepada isteri yang ingin menguruskan berat badan kerana hubungan seks membakar kalori. Jika seks dilakukan 3 kali seminggu bermakna anda telah membakar 7500 kalori setahun.

70% wanita tidak merasa kemuncak Orgasme

Ya betul tu kerana peratusan wanita yang merasakan Orgasme ketika membuat hubungan intim hanya 30%. Perasaan wanita susah diterjemahkan sebab itu mereka mempunyai perasaan yang berlainan ketika seks. Faktor yang menyebabkan wanita susah mencapai saat Orgasme berkaitan dengan faktor Masa, tidak sedap hati, Perasaan dan lain-lain.

P/s: maka suami kenalah memujuk atau menyedapkan  hati isteri dahulu sebelum mengadakan hubungan intim.

Menolak mengadakan Hubungan seks

Wanita tidak seperti lelaki ketika ingin membuat hubungan intim, lelaki hanya memikirkan seks melalui dorongan seksualnya yang tinggi untuk kepuasan tanpa memikirkan hal lain manakala Wanita mempunyai perasaan lain. Wanita bersedia melakukan seks apabila mempunyai perasaan cinta, perasaan ingin dilindungi dan sebagainya, sebab itu sangat normal jika isteri menolak atau malas mengadakan hubungan intim kerana moodnya yang sedang tidak sedap atau ada benda lain. Jangan suami main paksa je sebab isteri tidak akan menikmatinya.



1 comment:

 
Return to top of page Copyright © 2010 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by HackTutors