7 Haiwan Tanda Kehadiran Hantu (JIN)




7 Haiwan Tanda Kehadiran Makluk halus atau hantu | Kehadiran hantu atau makluk halus (jin) sukar untuk kita mengetahui tapi ada tanda-tanda yang menunjukkankehadiran makluk halus ini berada dipersekitaran kita.

Jadi saya akan tunjuk tanda-tanda haiwan yang berkait rapat dengan kehadiran makluk halus ini.

1. Burung Gagak

gagak hitam

Burung ini sunguh kuat mitosnya terhadap alamat yang buruk atau kematian, Dikatakan jika ternampak kehadiran binatang ini secara tiba-tiba tandanya alamat yang buruk akan berlaku begitu juga dengan kehadiran makluk halus jin atau syaitan.

Burung Gagak hitam sangat popular digunakan untuk filem-filem hantu.

2. Kucing Hitam

kucing hitam

Di Malaysia kucing hitam mempunyai kuasa menghidupkan mayat apabila dilangkahnya, ini adalah kepercayaan orang dulu-dulu namun sehingga kini masih lagi kuat kepercayaan orang zaman sekarang. Manakala di beberapa negara Eropah, kucing dianggap sebagai makluk mistik jelmaan ahli sihir jahat. Jika kucing hitam melawat mayat tandanya alamat yang buruk.

3. Cicak

cicak

Mitos paling kuat dikaitkan dengan kehadiran pontianak, kepercayaan ini menggatakan bila anda berseorangan disebuah bilik atau rumah lalu datang cicak sambil berbunyi kuat maknanya disitu ada kehadiran jin atau hantu.

4. Anjing

anjing

Walaupun anjing sering menjadi kawan manusia namun mereka juga mempunyai mitos terhadap makluk halus. Anjing mengaung amat menakutkan kebanyakkan orang kerana memikirkan binatang itu ternampak hantu. Jika anjing mengaung ditengah malam haruslah anda ambil perhatian mungkin juga anjing itu ternampak pencuri atau hantu.

5. Tokek

tokek

Reptilia paling mahal sehingga sentiasa diburu oleh orang, namun sebalik mitosnya yang tersembunyi mengatakan binatang ini berkait rapat dengan ilmu sihir. Ada juga mempercayai binatang ini jelmaan syaitan atau iblis. Mungkin cicak dengan Tokek tidak jauh berbeza, jika terdengar tokek berbunyi tandanya tempat itu ada makluk halus.

6. Ayam Jantan

ayam jantan

Sememangnya ayam jantan akan berkokok pada hari subuh tapi jika ayam berkokok ditengah malam pastinya ada kelainan kerana ayam itu ternampak malaikat atau hantu, mitos ini sangat lama, kononnya mula2 dilaporkan apabila ayam berkokok ditengah malam atau masa selain subuh tandanya dia ternampak malaikat daripada orang berdoa.


3 comments:

  1. kalau anjing menyalak tengah2 malam, mendayu2 memang buat suspen...heeee

    ReplyDelete
  2. dia menyalak banyak jenis, kekadang menyalak nak "mengawan" kalau dia menyalak sayup-sayup tu iye. kalau ada berani, datang kat rumah tinggal kat rumah arwah nenek aku. Kalau ada bunyi anjing menyalak "benda " tu akan muncul dalam beberapa minit.

    ReplyDelete

 
Return to top of page Copyright © 2010 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by HackTutors