Derma RM1 tanpa keluarkan duit bantu WWF Pemuliharaan alam



WWF malaysia orang hutan
Jom kita ramai-ramai membantu menyelamatkan alam semulajadi dan mengurangkan pelepasan gas rumah hijau. Organisasi malaysia bergabung dengan WWF Antarabangsa untuk memulihara alam semulajadi di malaysia. Terlalu banyak hutan-hutan dimusnahkan dan haiwan-haiwan hilang tempat tinggal, begitu juga dengan hidupan marin batu karang semakin hari semakin berkurangan. Mereka inilah yang berkerja keras memulihara, memulihkan dan melindungi dari kepupusan dan kemusnahan.

Siapa WWF ini?
WWF (World Wide Fund for Nature) adalah sebuah Organisasi Pemuliharaan Antarabangsa. Malaysia juga ada WWF, WWF-Malaysia yang ditubuhkan sebagai amanah pemuliharaan kebangsaan pada 13 Januari 1972, yang hanya mempunyai dua orang. Hari ini, kita mempunyai hampir 200 orang yang bekerja untuk kita - dari Kedah ke Sabah. Tugas utama mereka untuk melindungi alam semulajadi melalui beberapa program pemuliharaan mereka. Memulihara, memulihkan dan melindungi kepelbagaian spesies, hutan, marin, pantai, dan persekitaran air tawar. Memastikan alam semulajadi bumi terpelihara, untuk kita, untuk anak-anak kita dan generasi akan datang.

Kita boleh membantu mereka melalui sumbangan duit,tenaga dan lain-lain. Cara paling mudah kita mahu membantu mereka dengan memjawab 9 soalan kajiselidik alam sekitar dari DIGI selepas itu DIGI akan memberi RM1 kepada WWF.
lihat langkah ini:

Mula-mula klik pergi ke Laman web WWF, {klik sini}
Isi data yang diperlukan..
WWF malaysia

WWF malaysia

WWF malaysia

Senangkan Derma RM1 untuk membantu memulihara alam semulajadi, bayang seribu orang jawab soalan ini jadi sebanyak RM1000 sudah didermakan. so jangan lupa SHARE pada kawan-kawan.


Responses

0 Respones to "Derma RM1 tanpa keluarkan duit bantu WWF Pemuliharaan alam"

Post a Comment

 
Return to top of page Copyright © 2010 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by HackTutors