Zarina Anjoulie kes dadah bersalah atau tidak



Zarina anjoulie kes dadah
Pada 30 dec 2012, Pelakon model Zarina anjoulie atau nama sebenar Zarina Anjoulie Lavocah Mohd Fahizul, 27, telah ditangkap bersama teman lelakinya (Mohamad Fakhruzaim Mohamad Fawzi,27) dalam serbuan polis di sebuah rumah mewah di Damansara Damai kerana didakwa menyimpan dadah jenis eramin 5. Anak kelima dari lapan beradik ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas tuduhan memiliki dadah jenis eramin 5 seberat 0.6 gram, Zarina anjoulie mengaku tidak bersalah.


Mereka berdua pelajar sebuah kolej swasta, dituduh mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12(3) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM100,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Majistret Nazri Omran membenarkan jaminan sebanyak 2 ribu dengan seorang penjamin terhadap tertuduh dan menetapkan sebutan semula kes pada 8 Februari ini. Tertuduh hanya boleh di jamin oleh ahli keluarga sahaja.

Kita nantikan keputusan Mahkamah 8 Feb ini, sama ada Zarina bersalah atau tidak.


1 comment:

 
Return to top of page Copyright © 2010 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by HackTutors