Wanita Mendapati Puting Buah Dadanya Tumbuh di Kaki




puting buah dada dikaki

Wanita Mendapati Puting Buah Dadanya Tumbuh di Kaki | Kejadian pelik berlaku pada seorang wanita apabila mendapati puting buah dadanya tumbuh dikaki.

Pengarangnya menulis: “Seorang wanita berusia 22 tahun mendapatkan rawatan bagi masalah di tapak kaki kirinya, puting payu dara yang terbentuk dengan baik, dikelilingi areola dan bulu.

“Ujian mikroskopik terhadap dermis menunjukkan kewujudan folikel bulu, kelenjar ekrin dan kelenjar minyak. Tisu lemak juga dikesan pada pangkal lesi itu. Penemuan klinikal dan histopatologik adalah selaras dengan diagnosis tisu puting tambahan yang juga dikenali sebagai ‘pseudomamma.’ “Berdasarkan pengetahuan kami, ini adalah laporan pertama mengenai tisu payu dara tambahan di kaki.” Menurut laporan itu, ia wujud sejak lahir. Wanita berkenaan tidak mengadu sakit dan tidak ada anggota keluarganya yang lain berdepan dengan masalah itu. Puting tambahan itu kini mempunyai ukur lilit empat sentimeter.

“Tisu puting tambahan yang dikenali sebagai SBT jarang ditemui di luar garisan kelenjar mama. Namun, ia pernah dilihat sebelum ini di belakang badan, bahu, muka dan juga paha,” menurut jurnal itu. - Agensi Laporan Asal FUH

ketumbuhan puting buah dada

Penemuan ini membingungkan penyelidikan perubatan kerana kes puting susu tumbuh dikaki belum pernah berlaku lagi.

Dalam sejarah perubatan kes ini akan berlaku antara satu hingga lima peratus bagi penduduk dunia dan biasa tumbuh diatas pinggang. Inilah kali pertama kes puting buah dada wanita tumbuh bawah paras pinggang atau kaki.


Responses

0 Respones to "Wanita Mendapati Puting Buah Dadanya Tumbuh di Kaki"

Post a Comment

 
Return to top of page Copyright © 2010 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by HackTutors