Perlancaran Terbaru Model Samsung Galaxy S4




model samsung galaxy s4 terbaru
Perlancaran Terbaru Model Samsung Galaxy S4 | Samsung melancarkan telefon pintar terbarunya di New York baru-baru ini, syarikat Samsung melangkah ke depan lagi daripada pesaingnya apabila melancarkan Galaxy S4.

Mereka mengumumkan model terbaru itu di majlis teater dekat dewan Muzik Bandar Radio dalam usaha mereka membawa kelainan pelancaran model Galaxy terbaru itu.

Model Galaxy S4 akan mula dipasarkan penghujung april ini ke 155 buah negara serata dunia.

Fungsi yang lebih canggih dan pelbagai aplikasi terbaru dimuatkan pada model Galaxy baru ini serta mempunyai skrin 12.7 sentimeter yang lebih nipis berdefinisi Tinggi.

Telefon pintar ini juga boleh memahami sembilan bahasa yang berlainan dalam dunia.

"Untuk setiap individu kehidupan ini adalah satu perjalanan . Apa yang kami mahu tampilkan adalah peranti yang boleh dibawa bersama ke mana saja; atau teman yang dapat membantu kita menjalani kehidupan lebih bermakna," kata Ketua Jabatan Komunikasi Mudah Alih Samsung di sini, sebentar tadi. Bharian


Responses

0 Respones to "Perlancaran Terbaru Model Samsung Galaxy S4"

Post a Comment

 
Return to top of page Copyright © 2010 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by HackTutors