Anda perlu tahu beberapa perkara sebelum mengajar Anak Anda Berenang. Ini bagi mengelakkan masalah-masalah yang tidak di ingini berlaku, Keselamatan anak haruslah diutamakan.
1. biasakan diri dengan CPR kanak-kanak. Lebih baik belajar dahulu cara-cara CPR yang betul dengan kursus CPR.
2. Pastikan anak anda berkeadaan sihat sebelum mengajarnya berenang.
3. Pastikan suhu air kolam berkeadaan sesuai, diantara 85-92 Darjah.
4. Sediakan pakaian kering dan tuala sebelum memulakan pelajaran.
5. Perlu sehelai baju di tangan untuk anak anda jika panas matahari melampau.
6. Beli pelindung matahari untuk anak anda jika belajar berenang dikawasan terbuka. Pakaikannya pelindung matahari 16 minit sebelum memasuki air. Apabila anda berehat atau bermain di luar seketika selepas belajar berenang, haruslah digunakan balik pelindung matahari itu kepada anak anda.
7. Beli ubat titisan telinga untuk mengelakkan jangkitan telinga anak anda.
8. Jangan memakaikan anak alat-alat apungan seperti pelampung, kepak kaki. Anak akan merasa keselamatan palsu dan lambat untuk memahami cara berenang dengan betul.
9. Pendekkan pelajaran berenang yang disyorkan 15-30 minit bagi kanak-kanak berusia 2-4 tahun dan 30-45 minit bagi kanak-kanak sekitar usia 5 tahun atau yang lebih tua.
10. Beri makan kepada anak sekurang-kurangnya 1 jam sebelum memasuki air, ini bagi menghalang anak dari kekejangan.
11. Akhir sekali, pastikan anak anda selesa menggunakan baju renangnya. Jika baju terlalu longgar atau tidak sesuai ini akan memberatkan lagi badannya jika berlaku kecemasan dan apabila ia ingin melompat keluar dari kolam.
Beritahu anak anda bahawa dia boleh berenang bila-bila masa tetapi pertama mestilah memakai baju renang. Labels: Pelajaran
haah ek...kene take care semua benda ni dulu sebelum gedebushhh kn anak dlm kolam..huhu thanks for info..
ReplyDeletebtw, do visit my blog too
cik tanpa nama, siapa nama hehe.. ye mesti hati2, bukan main buang je anak tu dalam kolam.
Deletewah cantik blog awak.. ada tak templat cmni nak juga :))
ReplyDeletetanya pakcik saya 'google', nanti dia bagitahu. hehe
Delete