OPS DAULAT - Seorang Bergelar Datuk Dikehendaki





OPS DAULAT- Seorang individu lelaki dikenali sebagai Datuk Seri Muhammad Ridzwan Sulaiman berasal dari Georgetown, Pulau Pinang dicari pihak polis hari ini bagi membantu siasatan berhubung Ops Daulat yang masih dilaksanakan ketika ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, lelaki itu dikatakan merupakan Yang Dipertua serta Presiden Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan Islamiah Malaysia (Al-Ehsan Islamiah) dan masih menjawat jawatan itu sehinga ini.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung individu ini diminta tampil menyalurkan maklumat kepada pihak polis. Polis juga meminta individu ini tampil menyerah diri bagi membantu siasatan," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Hamza berkata, lelaki itu masih berada di dalam negara dan alamat terakhir adalah di Pengkalan Weld, George Town.

Siapa lelaki ini, apa kaitannya dengan OPS DAULAT yang sedang dilancarkan sekarang?


Responses

0 Respones to "OPS DAULAT - Seorang Bergelar Datuk Dikehendaki"

Post a Comment

 
Return to top of page Copyright © 2010 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by HackTutors