Jika hendak mengajar budak umur bawah 2 tahun Berenang, tekniknya berlainan daripada kebiasaan untuk keselamatan anak anda. Sebelum memulakan teknik ini, mula-mula anda perlu tahu perkara-perkara sebelum memasuki kolam air.
Selepas anda membaca, anda sudah bersedia belajar 9 perkara senaman untuk mengajar anak anda macam mana mahu jaga berenang di dalam air.
1. Tendangan
Mulakan dengan memegang di dada dan meniarapkan anak anda di atas air kemudian perlahan-lahan berjalan kebelakang sehingga ia merasa pergerakan dalam air. Sambil itu bimbing kakinya menendang didalam air sehingga mereka merasa selesa dengan pergerakan itu. Pastikan anda mengajar mereka menendang didalam air seperti sedang berenang dengan betul.
2. Mencelup
Ini perkara penting pada anak anda dalam pelajaran bagaimana untuk berenang. Pegang belakang dan satu lagi tangan pegang dadanya. Kira dari tiga sampai satu dan tiup pada mukanya dan dengan cepat celup mukanya didalam air. Mesti meniup mukanya berterusan sehingga mukanya benar-benar didalam air. Jangan terlalu lama didalam air, hanya sekejap je. Setelah selesai peluk anak anda sebelum meneruskannya semula.
Perhatikan tindak balas anak anda, mereka mungkin akan batuk sedikit tapi itu bukan masalah besar. Bayi akan mengambil pada tahap keyakinan anda supaya jangan panik, ingat bahawa anda sentiasa dalam kawalan.
3. Biarkan Terapung
Pastikan anda sentiasa disisi mereka ketika melakukan teknik ini. Mula melepaskan mereka dengan mendorong mereka berenang untuk menyedari mereka yang ia boleh terapung. Jika mukanya termasuk air, biarkan sesaat dan angkat ia kembali.
4. Mencelup lebih lama
Seperti cara kedua, pegang di belakang dan dadanya sambil itu meniup mukanya serta-merta mencelup di dalam air. Kali ini biarkan ia lebih lama sedikit daripada yang lepas. Ini sangat membantu untuk anak anda kawalan pernafasannya.
5. Terapung dan pusing
Mulakan dengan ia dihadapan anda (bukan sisi), pegang setiap lengan anak anda. Undur beberapa langkah sambil itu memusingkannya perlahan-lahan membelakangkan anda. Lepaskan memegang tangannya tapi pegang pula kepalanya dengan lembut, sentuh sedikit sahaja menggunakan tangan yang lagi satu untuk mengawal pergerakkannya kerana anak anda mungkin terkapai-kapai atau bergoyang-goyang. Kekalkan posisi anda dan anak anda, ini bagi menyedarkannya bahawa ia boleh terapung dalam air.
6. Posisi Terapung
Sokong kepala anak anda di bahu dan perlahan-lahan rendahkan badan anda ke dalam air sehingga badan mereka terapung, dengan lembut alihkan bahu anda dari kepalanya jika benar-benar ia boleh terapung. Selepas itu, sokong kembali kepalanya dengan bahu dan menarik perlahan ke belakang.
7. Celup dan angkat
Mulakan dengan mencelup mereka berhadapan dengan anda. Celup dan angkat selepas itu menariknya kebelakang seperti cara sebelum ini.
8. Duduk
Dudukkannya di pinggir kolam dan bermain-main sekejap dengan mereka, pegang kedua-dua tangannya dan menariknya ke dalam air tapi jangan bagi ia tenggelam hanya untuk merasakannya pergerakan ke hadapan. lakukan sekali lagi tapi kali ini biarkan mukanya basah sedikit.
9. Bermain
Dalam pelajaran berenang ini, anda juga harus bermain atau bergurau dengan mereka, Bermain dan bergurau membolehkan kanak-kanak mengambil apa yang mereka pelajari dalam pelajaran mereka dan meletakkan ia semua bersama-sama. Ia juga memberi keselesaan padanya di dalam air.
Laporan asal Teaching Children To Swim Labels: Pelajaran
Responses
0 Respones to "Ajar Anak Berenang Bawah Umur 2 Tahun"
Post a Comment