Terkini: Seorang Polis Lagi Mati Di Semporna



pencerobohan di lahad datu

Polis telah mengeluarkan kenyataan bahawa seorang lagi polis terkorban dalam kejadian serangan hendap di kampung Sri Jaya, Siminul. Ini meningkatkan kes kematian petugas Polis kepada 8 orang, 6 orang terkorban di Semporna dan 2 di Lahad Datu.

Dalam laporan itu, mayat seorang polis telah di temui mati manakala ada 6 lagi mayat tidak dikenalpasti dijumpai bersama. Dipercayai mayat 6 lelaki itu adalah penganas.

Baru beberapa jam pasukan polis diserang hendap oleh penceroboh sulu sehingga mengakibatkan 5 anggota polis kita terkorban. Kini seorang lagi anggota polis yang terkorban dalam kejadian itu.

Dahulu kejadian tembak menembak berlaku di Lahad datu, berikutan itu 2 anggota komando polis terkorban  terkena bom mortar dari pihak musuh.

Kita berharap pihak polis bertindak secepat mungkin untuk menamatkan kepungan di lahad datu bagi mengembalikan ketenteraman awam di sabah.

Blogaul mengucapkan takziah kepada anggota polis yang mempertahankan kedaulatan negara dari penceroboh sulu, Perjuangan anda akan sentiasa di ingat dalam hati rakyat malaysia terutama sekali kepada orang sabah.


Responses

0 Respones to "Terkini: Seorang Polis Lagi Mati Di Semporna"

Post a Comment

 
Return to top of page Copyright © 2010 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by HackTutors