Mahasiswa China Berhutang Hanya Beli Iphone dan Ipad!




pelajar china iphone

Beijing - Dek kerana teringin sangat memiliki telefon pintar seperti Apple Iphone dan Ipad, Mahasiswa di China mencatat paling banyak berhutang dengan bunga yang tinggi.

Mahasiswa disana rela bercekik darah berhutang dengan bunga yang sangat tinggi semata-mata hanya ingin mendapat Gadget yang popular sekarang ini.

Kajian dilakukan di kota Wuhan, China. Hasil kaji selidik sejak jan 2012 sehingga Feb 2013 mendapati mahasiswa-mahasiswi di China mencatatkan hutang sebanyak 160 juta Yuan dicawangan pinjaman kredit HC China.

satu juta mahasiswa di wuhan meminjam wang dari HC China iaitu 1 daripada 50 orang meminjam hutang. Hampir 90% pinjaman daripada HC China kredit digunakan untuk membeli telefon Iphone dan ipad.

Disebabkan kelulusan dari kredit HC China serta-merta dan mudah menyebabkan kebanyakkan daripada mahasiswa di china mengambil hutang dari kredit HC China.

Tempoh pinjaman yang boleh diambil antara 9, 12 dan 15 bulan. Peminjam mestilah mahasiswa atau pelajar dengan menyertakan pas pelajar atau sepertinya. Pinjaman yang diberi dari 540 yuan (RM268) hingga 10,000 yuan (RM4,972).


Responses

0 Respones to "Mahasiswa China Berhutang Hanya Beli Iphone dan Ipad!"

Post a Comment

 
Return to top of page Copyright © 2010 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by HackTutors