Salam semua, baru dengar berita bahawa penganas yang menceroboh Lahad Datu di serang jet pejuang tentera malaysia. Syukur akhirnya malaysia bertindak tegas kepada penganas setelah hampir 1 bulan mereka diberi masa untuk keluar dari malaysia tapi sebaliknya menyerang Anggota Polis sehingga 8 orang Anggota Polis terkorban.
Hari ini pihak polis dan tentera telah melancarkan Ops Daulat untuk menumpaskan penganas yang degil dan tidak mahu meninggalkan sabah. Terdapat tiga jet pejuang milik ATM dikerahkan melancarkan pengeboman di kawasan yang dikuasai oleh penganas itu.
Selepas pengeboman dilakukan barulah pasukan anggota Polis dan Tentera masuk ke kawasan itu bagi mengelak kejadian tidak berulang kembali apabila Anggota kita terkorban di bom penganas di Kampung Tanduo baru-baru ini.
Perdana Menteri Malaysia Najib Razak memberitahu bahawa kita(kerajaan malaysia) tidak akan berlembut lagi dengan mereka apabila mereka bertindak diluar keadaan menyerang polis sehingga berlaku pertumpahan darah.
Syabas diucapkan kepada kepada Perdana Menteri kita kerana telah menetapkan akan menumpaskan Penganas itu serta-merta bagi menjaga kedaulatan dan keamanan negara.
Sakit hati apabila mendengar Anggota pasukan kita diserang hendap penganas di sebuah kampung semporna dan mengorbankan 5 orang polis kita. Mengalir air mata apabila dengar salah satu anak arwah anggota polis yang terkorban itu bercakap "ayah da mati, ayah kena tembak, ayah suda dalam kubur".
Al-Fatihah kepada Anggota Polis yang terkorban dalam mempertahankan Negara dari Penceroboh Sultan Sulu dan Pengikutnya.
Responses
0 Respones to "Tentera Malaysia Mulakan Serangan Keatas Penganas Sultan Sulu"
Post a Comment