Cerita Orang Sabah Terhadap Pencerobohan di Lahad Datu



pencerobohan Sultan sulu Lahad Datu

Salam sejahtera kepada rakyat malaysia, kita sudah sedia maklum dengan pencerobohan rakyat filipina di Lahad Datu, Sabah. 8 anggota polis kita telah terkorban di sana dan 19 pengikut sultan sulu juga mati di tangan Polis.

Pelbagai cerita telah tersebar, ada yang cakap sabah dah istihar darurat, pencerobohan menular ke seluruh sabah. Kalau layan semua cerita ni 7 malam 7 hari belum tentu habis.

Saya telah menghubungi seorang kawan saya yang berada di Lahad Datu untuk mengetahui kisah sebenar.

Nama gelaran dia Ustaz kerana penampilannya sebiji macam ustaz, dia memberitahu saya bahawa pekan Lahad Datu agak lenggang sedikit orang ramai kerana risau dengan keselamatan mereka. Disebabkan bunyi siren polis sentiasa kedengaran, penduduk di sini cepat cemas kerana mereka tidak biasa dengan bunyi itu. Perasaan curiga dan takut menyebabkan mereka lebih rasa selamat didalam rumah.

Walaupun keadaan disini agak tegang sedikit tapi orang ramai masih lagi membanjiri kedai-kedai di Lahad Datu malah pasar disini beroperasi seperti biasa, Saya ada juga terdengar cerita bahawa Lahad Datu telah di istiharkan Darurat. Semua khabar angin itu hanyalah cerita mulut ke mulut orang ramai sehingga mencetuskan khabar angin ini. Pihak polis disini belum lagi mengistiharkan darurat, buktinya kelihatan ramai lagi orang pergi ke pekan Lahad Datu.

Saya berhubung seorang lagi kawan saya yang berada di Ibukota Sabah, Kota Kinabalu untuk mengetahui keadaan di bandar utama Sabah itu.

Nama samaran IJAM.
Katanya, keadaan disini (Kota Kinabalu) berkeadaan seperti biasa dengan kehadiran orang ramai disini dan juga pelancong luar negara. Cuma ada beberapa jalan masuk ke ibu Kota Kinabalu sahaja yang dibuat pemeriksaan oleh Anggota Polis. Pasar besar Kota Kinabalu yang diadakan kemarin pada setiap hari Ahad juga berkeadaan seperti biasa dengan Kunjungan orang ramai dari seluruh negara dan luar negara.


Pihak Blogaul Dot Com berharap kejadian ini akan di tamatkan secepat mungkin untuk mengelak daripada sesetengah pihak yang sengaja menganggu ketenteraman awam di Sabah menyebarkan cerita-cerita yang tidak benar. Kesian rakyat kita yang berada di Sabah ketakutan dengan cerita yang sengaja dibuat-buat terutama cerita dari Facebook yang kebanyakannya hanya cerita untuk menakutkan orang ramai.



Responses

0 Respones to "Cerita Orang Sabah Terhadap Pencerobohan di Lahad Datu"

Post a Comment

 
Return to top of page Copyright © 2010 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by HackTutors